20/07/2017 — Rabies: Miliki Anjing Perlu Ikut Prosedur:- Datuk Dr Mah Hang Soon Reviewed by Perak BN on . Mereka yang berkeinginan untuk menjadi tuan kepada anjing liar perlu mengikut prosedur yang ditetapkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri, Datuk Dr M Mereka yang berkeinginan untuk menjadi tuan kepada anjing liar perlu mengikut prosedur yang ditetapkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri, Datuk Dr M Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 20/07/2017 — Rabies: Miliki Anjing Perlu Ikut Prosedur:- Datuk Dr Mah Hang Soon

20/07/2017 — Rabies: Miliki Anjing Perlu Ikut Prosedur:- Datuk Dr Mah Hang Soon

perakbn Rabies Miliki Anjing Perlu Ikut Prosedur

Mereka yang berkeinginan untuk menjadi tuan kepada anjing liar perlu mengikut prosedur yang ditetapkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Tindakan itu perlu demi memastikan pemunya bertanggungajawab terhadap haiwan peliharaan mereka dan seterusnya menjaga haiwan berkenaan daripada unsur wabak atau jangkitan penyakit termasuk rabies atau anjing gila.

Demikian katanya ketika mengulas isu pencegahan jangkitan rabies yang mana pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (VRI) sedang melaksanakan tindakan penangkapan dan penghapuskan anjing liar yang berisiko pembawa jangkitan.

“Kalau mereka nak jadikan anjing terbiar itu haiwan peliharaan, perlu jaga elok dan ikut prosedur.

“Ini (penghapusan) bukan suatu yang kita suka nak buat tetapi ia melibatkan kepentingan (keselamatan) orang ramai.

“Sesiapa nak jadi pemilik, maka hendaklah menjadi pemilik yang bertanggungjawab;ikut prosedur,” katanya selepas mempegerusikan mesyuarat jawatankuasa bertindak di Tanjung Malim, pada Rabu.

Jelasnya lagi, tindakan penghapusan terhadap haiwan tersebut adalah langkah wajar yang perlu diambil bagi tujuan pencegahan wabak rabies.

Ini kerana, jika tindakan mencegah tidak dilakukan, maka ia akan mengundang risiko terhadap keselamatan dan kesihatan rakyat.

Antara lain juga, pemberin vaksin kepada anjing dan kucinh juga telah dibuat oleh VRI di sekitar Mukim Kuala Sepetang.

“Yang penting bagaimana pencegahan dibuat, rabies datang daripada pelbagai cara, saluran, Pencegahan itu yang penting..kepada pemunya anjing dan kucing perlu faham,”kata Datuk Dr Mah.

Setakat Rabu, VRI telah menangkap 48 ekor anjing liar di sekitar Kuala Sepetang dan daripada jumlah itu lapan dibuat pensampelan.

Sementara itu, pada sesi sidang media yang sama, Pengarah VRI, Dr Fauziah Muhayat menjelaskan tindakan menangkap dan pensampelan dibuat bagi tujuan mengesan cara rebakkan penyakit rabies.

“Kita terpaksa buat sebab nak tahu rebakkannya macam mana, untuk kita ketahui rebakan penyakit,” katanya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top