20/07/2017 — Rabies: Lima Sampel Negatif, Tiga Lagi Diketahui Esok:- Datuk Dr Mah Hang Soon Reviewed by Perak BN on . Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata setakat ini, hasil penyelidikan terhadap sampel berkaitan penyakit anjing gila atau rabi Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata setakat ini, hasil penyelidikan terhadap sampel berkaitan penyakit anjing gila atau rabi Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 20/07/2017 — Rabies: Lima Sampel Negatif, Tiga Lagi Diketahui Esok:- Datuk Dr Mah Hang Soon

20/07/2017 — Rabies: Lima Sampel Negatif, Tiga Lagi Diketahui Esok:- Datuk Dr Mah Hang Soon

perakbn Rabies Lima Sampel Negatif Tiga Lagi Diketahui Esok

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata setakat ini, hasil penyelidikan terhadap sampel berkaitan penyakit anjing gila atau rabies menunjukkan keputusan negatif.

Jelasnya, lima sampel yang diambil daripada haiwan anjing yang terbiar dari Kuala Sepetang, Taiping, telah dianalisis oleh Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) di Ipoh.

Terbaharu tiga lagi sampel diambil dan dihantar untuk ujian serta keputusannya akan dimaklumkan selewat-lewatnya esok.

“Daripada 48 ekor anjing liar yang kita dapat, lima daripadanya telah dihantar untuk ujian di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak semalam (Selasa) dan keputusannya negatif.

“Malam tadi kita juga ada mengambil tiga lagi sample dan keputusannya akan kita ketahui seawal Jumaat ini manakala selebihnya kita akan lupuskan”, kata Datuk Dr Mah.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas mengenai penyakit Rabies di Tanjung Malim pada Rabu.

Bagi tujuan pencegahan jangkitan rabies, pihak jawatankuasa telah memberi suntikan vaksin kepada 132 haiwan peliharaan di sekitar Kuala Sepetang iaitu 65 ekor anjing dan 67 ekor kucing.

“Rata-rata penduduk di kawasan tersebut yang diwakili ADUN Kuala Sepetang dan jawatankuasa kampung dan kemajuan yang adakan mesyuarat dimaklumkan dengan diketahui masalah dihadapi dan mereka memberi kerjasama.

“Yang penting penduduk di tempat itulah yang ketahui apa yang terbaik untuk mereka,” kata Datuk Dr Mah.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top