17/07/2017 — Anjing Tidak Dibenarkan Keluar Dari Mukim Matang:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Berkuat kuasa hari ini, kerajaan negeri mengeluarkan perintah dibawah seksyen 39(1) Akta Binatang 1953 berhubung kawasan jangkitan rabies atau penyakit anjing g Berkuat kuasa hari ini, kerajaan negeri mengeluarkan perintah dibawah seksyen 39(1) Akta Binatang 1953 berhubung kawasan jangkitan rabies atau penyakit anjing g Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 17/07/2017 — Anjing Tidak Dibenarkan Keluar Dari Mukim Matang:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

17/07/2017 — Anjing Tidak Dibenarkan Keluar Dari Mukim Matang:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Anjing Tidak Dibenarkan Keluar Dari Mukim MatangBerkuat kuasa hari ini, kerajaan negeri mengeluarkan perintah dibawah seksyen 39(1) Akta Binatang 1953 berhubung kawasan jangkitan rabies atau penyakit anjing gila di kawasan Mukim Matang Daerah Larut Matang dan Selama.

Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata meskipun satu kecil terpencil dilaporkan berlaku, namun tindakan yang dibuat adalah untuk memastikan kawalan dilakukan dari peringkat awall.

“Kita tidak ambil mudah walaupun kes dilaporkan berlaku di kawasan terpencil, namun langkah pencegahan perlu diambil.

“Atas keperihatianna Kerajaan Negeri, dikuarintinnya kawasan itu agar ia tidak melibatkan kawasan-kawasan lain.

“Negeri Perak cepat mengambil tindakn bertindak dan kita tidak mahu tindakaa diambil kemudian, “ ujar jelas beliau ketika sesi sidang media Persidangan Setiausah-setiausaha Kerajan Negeri di Ipoh, hari ini.

Perintah yang dikeluarkan itu antaranya menyebut tiada seorang pun boleh membawa mana-mana anjing keluar dari Mukim Matang dalam Daerah Larut Matang dan Selama melainkan dengan kebenaran bertulis yang dikeluarkan oleh Pengarah perkhidmatan Veterinar Negeri.

Pemunya kepada anjing gila diminta untuk mengurungkan haiwan peliharaan mereka atau mengawalnya jika ia dibawa ke tempat luar.

“Mana-mana anjing yang berada di satu kawasan jangkitan penyakit anjing gila yang tidak dikawal secara efektif mengikut perintah empat boleh dimusnahkan oleh pihak yang diberikan kuasa secara bertulis oleh pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak,” jelas Datuk Seri Diraja Dr Zambry lagi.

Tambah beliau, bagi mereka yang diberikan kuasa juga berhak memasuki mana-mana tanah, bangunan atau premis bagi tujuan pemeriksaan jika didapati ada anjing gila.

“Kita mengambil langkah pencegahan dan pengawalan walaupun tiada kes terbaru yang dilaporkan.

“Sejak dari awal, pihak Jabatan Veterina berada di lapangan di Kuala Sepetang bagi periksa keadaan.

“Yang paling penting penduduk di kawasan itu perlu bekerjasama lah, kerana kita nak bendung masalah ini,” katanya lagi.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar terdahulu telah mengambil persampelan dan memantau keadaan kawasan jangkitan dan sehingga hari ini tiada kes terbaharu dilaporkan.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top