16/07/2017 — Semua Ahli Adalah Jentera PRU:- DS Tajuddin Abdul Rahman Reviewed by Perak BN on . Ahli UMNO adalah sebahagian daripada jentera Pilihan Raya Umum (PRU) , itu cadangan yang disuarakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman. Ahli UMNO adalah sebahagian daripada jentera Pilihan Raya Umum (PRU) , itu cadangan yang disuarakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman. Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 16/07/2017 — Semua Ahli Adalah Jentera PRU:- DS Tajuddin Abdul Rahman

16/07/2017 — Semua Ahli Adalah Jentera PRU:- DS Tajuddin Abdul Rahman

perakbn Semua Ahli Adalah Jentera PRU

Ahli UMNO adalah sebahagian daripada jentera Pilihan Raya Umum (PRU) , itu cadangan yang disuarakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman.

Katanya parti tidak boleh mengharap kepada satu pergerakan sayap sahaja seperti usaha yang dilakukan sayap Wanita menerusi program jalinan rakyat kerana jumlah pengundi semakin bertambah.

“Jika semua ahli UMNO diangkat sebagai jentera parti, Barisan Nasional mampu memperolehi kemenangan lebih baik berbanding pilihan raya umum lalu.

“Saya rasa jentera kita ni boleh diperhebatkan lagi kalau sekiranya tiap-tiap ahli UMNO secara langsung atau tidak langsung menjadi jentera, ” ujar beliau selepas merasmikan serentak Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bagan Serai di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Al-Baqir, Kerian pada Ahad.

Saran Ahli Parlimen Pasir Salak itu setiap seorang ahli UMNO boleh menjaga dua ataupun tiga buah rumah dan memantau apa juga masalah pengundi dalam rumah itu.

Beliau juga meminta setiap ahli dan pemimpin bahagian dan cawangan menjaga ahli keluarga dan jiran-jiran sekeliling untuk memastikan mereka menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Walaupun ada antara ahli keluarga mereka tidak mahu terlibat di dalam politik, tidak mengapa kerana apa yang penting, setiap kali pilihan raya, mereka mengundi Barisan Nasional,” katanya.

Jika masing-masinh ahli memainkan peranan, Datuk Seri Tajuddin menyatakan keyakinan pada PRU nanti BN mampu merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selinsing dan Semanggol dan seterusnya mengekalkan kerusi DUN Alor Pongsu dan Parlimen Bagan Serai.

Hadir ke mesyuarat kali ini ialah Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top