16/07/2017 — DAP Hentikanlah ‘Khutbah’ CAT:- Datuk C Sivarraajh Reviewed by Perak BN on . Kerajaan negeri Pulau Pinang dinasihat menghentikan 'khutbah' tentang dasar cekap, akauntibiliti dan telus (CAT) memandangkan pemerintah DAP itu gagal menandata Kerajaan negeri Pulau Pinang dinasihat menghentikan 'khutbah' tentang dasar cekap, akauntibiliti dan telus (CAT) memandangkan pemerintah DAP itu gagal menandata Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 16/07/2017 — DAP Hentikanlah ‘Khutbah’ CAT:- Datuk C Sivarraajh

16/07/2017 — DAP Hentikanlah ‘Khutbah’ CAT:- Datuk C Sivarraajh

perakbn DAP Hentikanlah Khutbah CAT

Kerajaan negeri Pulau Pinang dinasihat menghentikan ‘khutbah’ tentang dasar cekap, akauntibiliti dan telus (CAT) memandangkan pemerintah DAP itu gagal menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Perkara itu dinyatakan Ketua Pemuda MIC, Datuk C Sivarraajh menyifatkan kerajaan negeri itu sendiri kelihatan tidak yakin dengan isu rasuah yang berlaku di dalam pentadbiran mereka.

“DAP mengkritik secara terbuka terhadap kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) yang kebanyakan mereka telah berikrar untuk memerangi rasuah.

“Malah Kelantan dan Selangor juga menyatakan kesediaan mereka untuk memerangi rasuah. DAP hanya pandai bercakap dan mengelirukan orang ramai,” katanya menerusi kenyataan media pada Sabtu.

Berdasarkan helah DAP ini, parti itu diminta berhenti membuat tuduhan dan dakwaan terhadap BN terutama mempertikain soal ketulusan dan integriti.

“Memandangkan DAP hebat berkhutbah mengenai tadbir urus yang bersih dan telus, kenapa mereka menolak IBR?

“Jika kerajaan negeri Pulau Pinang tidak berikrar, maka saya minta supaya mereka berhenti menyampaikan mantera CAT.

“Keduanya, DAP juga patut berhenti bercakap tentang penyalahgunaan kuasa dan apa juha bentuk rasuah kerana mereka tidak bertindak seperti yanh sepatutnya.

“Mereka harus berani untuk membuat ikrar,” kata Datuk Sivarraajh lagi.

Umum mengetahui Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sedang menghadapi dua pertuduhan kes skandal rasuah berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo “terlajak murah”.

Setiausaha Agjng DAP yng belum disahkan jawatannya itu juga dikaitkan dengan isu kos kajian feasibiliti cadangan terowong bawah laut yang mencecah RM305 juta, penjualan tanah berbilion ringgit, penjualan tanah bumiputera sehingga tertangkapnya Pengerusi Yayasan Bumiputra Pulau Pinang Dato’ Syed Murtaza, taikun Hunza Group, Dato’ Seri Khor Teng Tong proksi Guan Eng dan kes skandal rasuah Zakat Pulau Pinang.

Oleh demikian, dengan isu berbangkit ini, adalah menampakkan Guan Eng akan menandatangani IBR?.

DAP kini hanya dapat dilihat bercakap kosong apabila pemimpin tertinggi parti itu terlibat skandal rasuah.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top