16/07/2017 — Cakapan Pakatan Harapan Semua Bersifat ‘Kalau’, Jadi Jangan Terpedaya:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Sasaran dan matlamat yang dicanang oleh Pakatan Harapan adalah bersifat tidak pasti kerana ia bergantung jika mereka berjaya menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Sasaran dan matlamat yang dicanang oleh Pakatan Harapan adalah bersifat tidak pasti kerana ia bergantung jika mereka berjaya menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 16/07/2017 — Cakapan Pakatan Harapan Semua Bersifat ‘Kalau’, Jadi Jangan Terpedaya:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

16/07/2017 — Cakapan Pakatan Harapan Semua Bersifat ‘Kalau’, Jadi Jangan Terpedaya:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Cakapan Pakatan Harapan Semua Bersifat Kalau Jadi Jangan Terpedaya

Sasaran dan matlamat yang dicanang oleh Pakatan Harapan adalah bersifat tidak pasti kerana ia bergantung jika mereka berjaya menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti.

Justeru Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan helah parti itu.

Pakatan Harapan menjanjikan tentang perihal kawalan harga minyak serta rasionalisasi cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta beberapa lagi perkara lain jika mereka berjaya mentadbir.

Percakapan mereka ini dilontarkan sebelum berada di puncak pentadbiran yang mana bersifat ‘kalau’ semata-mata.

“Mereka hanya ingin menjatuhkan seseorang dan diberikan janji-janji;
sebagai contoh kalau mereka membentuk kerajaan mereka beritahu pada rakyat janji dahulu namun dari segi kawalan harga minyak terbukti tidak boleh dikawal oleh negara tetapi mengikut harga pasaran dunia.

“Idea (GST) bukan idea yang baru; rakyat boleh persoalkan ada atau tidak mereka membincangkan perkara itu semasa zaman Mahathir dan Anwar.

“Dalam kenyataan itu katanya beri mereka kerajaan dahulu..jangan kita terpengaruh dan leka selepas mereka mendapat mandat; akan ada alasan yang digunakan.

“Semua itu usaha untuk menyakin rakyat, dan alasan “Kalau”.. ini semua jenis carca marba dan auta sahaja,”ulas Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

Beliau ditanya pemberita mengenai pembaharuan matlamat yang dibuat Pakatan Harapan dengan menyasarkan perubahan politik melalui PRU akan datang.

“Matlamat untuk membentuk sebuah negara hanya datang kemudian namun matlamat asas adalah meletakkan seseorang yang paling ideal,” katanya.

Datuk Seri Diraja ditemui pada sesi
sidang media selepas menghadiri majlis sambutan aidilfitri peringkat Parlimen Lumut, pada Sabtu.

Antara helah Pakatan Harapan adalah mengumumkan pelaksanaan beberapa perkara tertentu dalam tempoh 100 hari selepas PRU jika mereka mendapat mandat iaitu memerangi rasuah hingga ke akar umbi, menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja Skandal 1MDB dan memulihkan FELDA.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top