15/07/2017 — Sedih Pembangkang Tidak Cerita Perkara Sebenar:- DSD Mohd Najib Tun Razak Reviewed by Perak BN on . Setiap tahun Kerajaan memperuntukkan sejumlah dana untuk semua negeri termasuk negeri di bawah pentadbiran pembangkang. Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Setiap tahun Kerajaan memperuntukkan sejumlah dana untuk semua negeri termasuk negeri di bawah pentadbiran pembangkang. Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 15/07/2017 — Sedih Pembangkang Tidak Cerita Perkara Sebenar:- DSD Mohd Najib Tun Razak

15/07/2017 — Sedih Pembangkang Tidak Cerita Perkara Sebenar:- DSD Mohd Najib Tun Razak

perakbn Sedih Pembangkang Tidak Cerita Perkara SebenarSetiap tahun Kerajaan memperuntukkan sejumlah dana untuk semua negeri termasuk negeri di bawah pentadbiran pembangkang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Najin Tun Razak menjelaskan pemberian dana tersebut diberi mengikut bilangan penduduk, penyelenggaran jalanraya negeri, pemberian tahunan pihal berkuasa tempatan, pemberian kerana kekurangan akaun mengurus, dan lain-lain.

Katanya lagi jumlah pemberian itu terus meningkat setiap tahun.

“Kerajaan sedih pembangkang tidak menceritakan perkara sebenar, malah menuduh kerajaan zalim dan mengabaikan negeri pembangkang. Kerajaan sentiasa prihatin terhadap rakyat Malaysia tidak kira di negeri pembangkang atau negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional,” katanya menerusi catatan di najibrazak.blogspot.

Dari tahun 2011 hingga 2015, Kelantan menerima kira-kira RM1.94 bilion, termasuk RM378.85 juta peruntukan disebabkan kekurangan akaun mengurus.

Bagi peruntukkam buat kerajaan Pulau Pinang sebanyak RM950.44 juta diberikan untuk tempoh yang sama.

Selangor pula menerima RM3.63 bilion termasuk pemberian khas sebanyak RM25.81 juta setiap tahun.

“Jumlah ini tidak termasuk projek Kerajaan Persekutuan yang bernilai berbilion-bilion ringgit di negeri-negeri tersebut.

” Saya ingin menyarankan kepada pemimpin pembangkang agar tidak menuduh kerajaan tanpa bukti. Kerajaan sentiasa prihatin terhadap rakyat Malaysia tidak kira di negeri pembangkang atau negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional,” kata Datuk Seri Diraja Mohd Najib.

Beliau mengulas perkara itu susulan tindakan pembangkang yang sering meng­utarakan isu yang dikitar semula termasuk menuduh kerajaan pusat mengabaikan negeri pembangkang walaupum Kerajaan telah menjelaskannya berulang kali.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top