15/07/2017 — Perarakan Kebudayaan Ipoh, Laluan Utama Ditutup:- ACP Sum Chang Keong Reviewed by Perak BN on . Bermula esok, beberapa jalan utama sekitar bandaraya Ipoh akan ditutup bagi tujuan mengadakan Perarakan Kebudayaan Ipoh 2017 yang berlangsung di Dewan Bandaran Bermula esok, beberapa jalan utama sekitar bandaraya Ipoh akan ditutup bagi tujuan mengadakan Perarakan Kebudayaan Ipoh 2017 yang berlangsung di Dewan Bandaran Rating: 0
You Are Here: Home » General » 15/07/2017 — Perarakan Kebudayaan Ipoh, Laluan Utama Ditutup:- ACP Sum Chang Keong

15/07/2017 — Perarakan Kebudayaan Ipoh, Laluan Utama Ditutup:- ACP Sum Chang Keong

perakbn Perarakan Kebudayaan Ipoh, Laluan Utama DitutupBermula esok, beberapa jalan utama sekitar bandaraya Ipoh akan ditutup bagi tujuan mengadakan Perarakan Kebudayaan Ipoh 2017 yang berlangsung di Dewan Bandaran Ipoh.

“Jalan yang terlibat akan ditutup secara berperingkat bermula 9 pagi hingga 11 malam.

“Jalan yang terlibat ialah lampu isyarat Jalan Sultan Iskandar Shah, Jalan Sultan Yusoff, kawasan sekitar Padang Ipoh, Jalan S.P Seenivasagam, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Jalan St John, Jalan Kuala Kangsar, Bulatan Kidd, Jalan Leong Boon Swee, Jalan Silang, Jalan Dato Onn Jaafar, Jalan Raja Musa Aziz, Jalan Sultan Idris Shah serta Jalan C.M Yusoff,” katanya.

Beliau yang ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh hari ini memaklumkan untuk hari sambutan program iaitu pada 23 Julai, jalan berkenaan akan mula ditutup seawal 6 pagi.

Kira-kira 90 anggota trafik akan bertugas untuk mengawal lalu lintas pada sambutan program dengan jangkaan orang ramai yang sekitar 25,000 orang.

Perarakan sejauh 2.8 kilometer melibatkan 2,000 peserta pejalan kaki serta 150 buah kenderaan berhias.

“Beberapa laluan di bandaraya Ipoh akan dibuka semula secara berperingkat serta mengikut keperluan dan dijangka dibuka sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari (pada 23 Julai)” kata ACP Sum.

Perarakan itu adalah anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI) dengan kerjasama Tourism Perak.

Menteri Besar Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir dijangka merasmikan majlis yang akan mempamerkan pelbagai konsep termasuk pertunjukan pakaian, tarian, muzik, seni mempertahankan diri, warisan dan sejarah, amalan tradisional dan makanan.

Program itu juga bakal mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records bagi kumpulan perarakan budaya terbesar melebihi 1,500 peserta.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top