15/07/2017 — Biarpun Tiga Kepala, DAP Tetap Dominasi Pakatan:- Senator Khairul Azwan Harun Reviewed by Perak BN on . Gabungan dan kerjasama yang terjalin dalam Pakatan Harapan tidak lebih sekadar untuk menagih undian orang Melayu. Itu ulasan yang disuarakan oleh Naib Ketua Per Gabungan dan kerjasama yang terjalin dalam Pakatan Harapan tidak lebih sekadar untuk menagih undian orang Melayu. Itu ulasan yang disuarakan oleh Naib Ketua Per Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 15/07/2017 — Biarpun Tiga Kepala, DAP Tetap Dominasi Pakatan:- Senator Khairul Azwan Harun

15/07/2017 — Biarpun Tiga Kepala, DAP Tetap Dominasi Pakatan:- Senator Khairul Azwan Harun

perakbn Biarpun Tiga Kepala, DAP Tetap Dominasi Pakatan

Gabungan dan kerjasama yang terjalin dalam Pakatan Harapan tidak lebih sekadar untuk menagih undian orang Melayu.

Itu ulasan yang disuarakan oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun apabila parti pembangkang itu mendakwa mempunyai struktur kepimpinan yang hebat.

“Rakyat tak bodoh dan buta … siapa ketua sebenar pembangkang, Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah (Wan Ismail).

“Ada tiga kepala, Tun Dr Mahathir, Anwar dan Dr Wan Azizah, dimanakah DAP parti yang mendominasi pembangkang?” soalnya.

Beliau yang berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Ipoh Barat, di Ipoh malam tadi berkata rakyat lebih bijak menilai apa yang cuba dilakukan pembangkang.

Malah ketiadaan nama mana-mana pemimpin DAP dalam Pakatan Harapan hanya wayang yang ingin menutup agenda tertentu.

“Di manakah DAP dan kepimpinan DAP, perwakilan pembangkang yang paling banyak adalah DAP mereka ada 36 Ahli Parlimen, yang kedua adalah PKR, 30 Ahli Parlimen dan yang lain adalah menyumbang sedikit.

“Bagaimanapun, dalam hal ini yang mendominasi adalah DAP, dalam konteks kepartian, parti yang menguasai dengan jumlah kerusi itulah parti sebenar yang memimpin gabungan pembangkang,” kata Senator Khairul Azwan.

Merujuk kepada perkara asas, ketiga-tiga ketua yang kononnya menguasai blok gabungan itu dilihat gagal memuktamadkan siapa calon Perdana Menteri jika mereka memerintah.

Sempena dengan mesyuarat perwakilan itu, Senator Khairul Azwan mengumumkan penubuhan sebuah yayasan khusus dalam mengukuhkan pembinaan hubungan antara kaum di kawasan Ipoh membabitkan Parlimen Ipoh Timur, Ipoh Barat dan Tambun.

Buat permulaan sebanyak RM20,000 disumbangkan sebagai dana awal penubuhan yayasan yang akan diterajui kepimpinan Pemuda dan Puteri dari tiga bahagian berkenaan.

Hadir ke mesyuarat itu ialah Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Abdul Ghaffar.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top