14/07/2017 — Pemilihan Semula CEC, Kit Siang Takut Kedudukan Terjejas:- Tunku Abdul Aziz Ibrahim Reviewed by Perak BN on . Dolak dalih dan alasan yang dimainkan oleh DAP terhadap cadangan mengadakan pemilihan semula Jawatakuasa Tertinggi (CEC) dilihat akan mengancam kedudukan Penasi Dolak dalih dan alasan yang dimainkan oleh DAP terhadap cadangan mengadakan pemilihan semula Jawatakuasa Tertinggi (CEC) dilihat akan mengancam kedudukan Penasi Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 14/07/2017 — Pemilihan Semula CEC, Kit Siang Takut Kedudukan Terjejas:- Tunku Abdul Aziz Ibrahim

14/07/2017 — Pemilihan Semula CEC, Kit Siang Takut Kedudukan Terjejas:- Tunku Abdul Aziz Ibrahim

perakbn Pemilihan Semula CEC Kit Siang Takut Kedudukan TerjejasDolak dalih dan alasan yang dimainkan oleh DAP terhadap cadangan mengadakan pemilihan semula Jawatakuasa Tertinggi (CEC) dilihat akan mengancam kedudukan Penasihatnya, Lim Kit Siang.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim mendakwa, Ketua Parimen DAP itu dikatakan bimbang kehilangan kedudukannya kepada Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw yang lebih berpengaruh dalam parti.

“Seng Giaw lebih popular dalam DAP. Sebab itu, mereka sengaja melengah-lengah dan tidak mahu buat pemilihan semula,” ulas beliau.

Soal Tunku Abdul Aziz lagi, DAP sepatutnya tidak perlu engkar dengan arahan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk adalah pemilihan semula, jika parti caunivis itu tidak menyembunyikan sesuatu atau ada agenda tertentu.

“Bila sudah berada di bawah RoS, kita terpaksa ikut arahan mereka. Jika tidak buat, banyak implikasinya.

“Antaranya CEC yang ada sekarang ini tidak akan diiktiraf oleh RoS. Bila tidak diiktiraf, maknanya ia tidak berfungsi. Apabila tidak berfungsi, mereka tiada kuasa untuk buat apa-apa termasuk meletakkan calon pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14,” katanya kepada pemberita di Shah Alam, baru-baru ini.

Arahan RoS itu dipertikaikan oleh beberapa pemimpin DAP sedia ada termasuklah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yangbertegas tidak akan mengadakan pemilihan semula CEC yang baharu dengan alasan parti itu telah berbuat demikian pada 29 September 2013.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top