14/07/2017 — Mini Kasino Di Premis Pesta Ria:- Mohd Rawi Abdullah Reviewed by Perak BN on . Aktiviti permainan ala-ala mini kasino dikesan sedang aktif ‘menyelinap’ di premis pesta ria di sekitar bandar raya Ipoh, kata Ketua Urusetia Pusat Khidmat Adua Aktiviti permainan ala-ala mini kasino dikesan sedang aktif ‘menyelinap’ di premis pesta ria di sekitar bandar raya Ipoh, kata Ketua Urusetia Pusat Khidmat Adua Rating: 0
You Are Here: Home » General » 14/07/2017 — Mini Kasino Di Premis Pesta Ria:- Mohd Rawi Abdullah

14/07/2017 — Mini Kasino Di Premis Pesta Ria:- Mohd Rawi Abdullah

Aktiviti permainan ala-ala mini kasino dikesan sedang aktif ‘menyelinap’ di premis pesta ria di sekitar bandar raya Ipoh, kata Ketua Urusetia Pusat Khidmat Aduan BN Perak, Mohd Rawi Abdullah.

Pihaknya telah mengenal pasti aktiviti itu dengan hasil pemantauan yang dilakukan sejak seminggu lalu.

perakbn Mini Kasino Di Premis Pesta Ria“Pengusaha premis cuba mengaburi mata pihak berkuasa kononnya mereka menyediakan permainan untuk kanak-kanak di dalam premis berkenaan sebaliknya permainan disediakan tidak berfungsi,” ujarnya pada sesi sidang media di Ipoh, semalam.

Beliau yang kecewa dengan kejadian itu, telah menerima aduan daripada penduduk sekitara kawasan perumahan yang mendakwa premis yang terlibat sesak sehingga menyebabkan kenderaan ditempatkan sesuka hati.

Selain itu penduduk juga mendakwa operasi premis melebihi had masa yang dibenarkan.

“Sebelum ini, kita berasa lega apabila arked permainan video yang menjalankan aktiviti judi haram berjaya dibanteras pihak berkuasa, namun kini terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan tapak premis itu untuk menjalankan aktiviti perjudian.

“Perkara ini dilihat saya sendiri ketika meninjau premis berkenaan pada jam 10 malam dan sehingga jam 1 pagi operasi masih diteruskan,” ujatr Mohd Rawi.

Dalam hal ini, beliau meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) memeriksa premis berkenaan dengan teliti sebelum memberi lesen.

“Kebanyakan pesta ria yang dikunjungi dipercayai beroperasi lebih setahun dan peralatan permainan disediakan juga sudah berkarat malah ada yang tidak berfungsi,” katanya lagi.

Difahamkan operasi mini kasino itu menyediakan pelbagai jenis permainan judi, antara yang terkenal adalah judi ping pong. Dengan hanya menggunakan cip berharga RM1 sekeping, orang ramai sudah boleh menyertai permainan tersebut.

“Pihak berkenaan perlu bertanggungjawab untuk memastikan pengusaha pesta ria tidak menyalahgunakan lesen yang diberikan untuk tujuan tidak bermoral ini,” kata Mohd Rawi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top