14/07/2017 — Jangan Terpengaruh Anasir Buruk Pembangkang:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Walaupun ada pihak yang cuba memecahbelahkan perpaduan dan menimbulkan rasa kebersihan, namun rakyat diminta bersatu dan menolak mereka yang berkenaan. Itu diin Walaupun ada pihak yang cuba memecahbelahkan perpaduan dan menimbulkan rasa kebersihan, namun rakyat diminta bersatu dan menolak mereka yang berkenaan. Itu diin Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 14/07/2017 — Jangan Terpengaruh Anasir Buruk Pembangkang:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

14/07/2017 — Jangan Terpengaruh Anasir Buruk Pembangkang:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perqakbn Jangan Terpengaruh Anasir Buruk Pembangkang

Walaupun ada pihak yang cuba memecahbelahkan perpaduan dan menimbulkan rasa kebersihan, namun rakyat diminta bersatu dan menolak mereka yang berkenaan.

Itu diingatkan Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir yang mengulas tindakan sebilangan kecil pemimpin pembangkang yang sengaja menyuntik elemek politik kebencian.

“Memang akan ada kelompok tertentu yang akan sengaja ‘menyimbah minyak kepada api’, supaya rakyat marah kepada kita.

“Tapi yang penting sekali bagaimana caranya kita menangani perkara ini dari terus berlaku”, katanya.

Dalam hal ini, beliau menasihatkan rakyat di negeri ini khususnya agar bijak mengelak daripada dipengaruhi pemimpin-pemimpin yang sentiasa menyebarkan anasir buruk dengan niat untuk membenci kepada Kerajaan.

“Saya tengok ada seorang pemimpin pembangkang ini, setiap hari tweetnya berunsur kebencian yang melampau kepada kerajaan.

“Dan saya berpandangan, kalau hari-hari hidup kita penuh dengan kebencian, ia akan membuatkan hati kita hitam dan sukar untuk kita menjadi insan yang baik”, ujar Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis Sambutan Indahnya Beraya Di Desa oleh Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) dan Perasmian Dewan Serbaguna di Kompleks Perumahan Kakitangan PPPNP di Tanjung Tualang pada Khamis.

Katanya lagi, rakyat perlu mengambil ikhtibar dan pengajaran daripada negara yang sedang berperang yang antaranya didorong oleh faktor memupuk kebencian dalam diri rakyat terhadap pemerintahan sedia ada.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top