13/07/2017 — Mahathir Juga Tidak Terlepas Tindakan Undang-undang:- DS Tajuddin Abdul Rahman Reviewed by Perak BN on . Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegaskan bahawa tiada sesiapa yang terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang jika didapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegaskan bahawa tiada sesiapa yang terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang jika didapa Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 13/07/2017 — Mahathir Juga Tidak Terlepas Tindakan Undang-undang:- DS Tajuddin Abdul Rahman

13/07/2017 — Mahathir Juga Tidak Terlepas Tindakan Undang-undang:- DS Tajuddin Abdul Rahman

perakbn Mahathir Juga Tidak Terlepas Tindakan Undang-undangAhli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegaskan bahawa tiada sesiapa yang terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang jika didapati bersalah.

Ini termasuk mengenakan tindakan terhadap bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jika didapati terbabit dengan isu kerugian perdagangan mata wang asing (forex) berjumlah RM30 bilion.

“Tidak ada siapapun yang mengatasi undang-undang, mana boleh, bila Tun Mahathir, dia istimewa tetapi bila orang lain mesti kena (tindakan), mana boleh macam itu,” ujar Datuk Seri Tajuddin.

Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir mendakwa kononnya penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat isu kerugian itu hanya mahu memenjarakannya yang merupakan penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Siapa juga, tidak kira Tun Mahathir ke, kalau dia bersalah, terlibat, kalau hukumannya penjara, penjaralah,”tegas Datuk Seri Tajuddin lagi.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke-38 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Manik / Labu Kubong di Teluk Intan pada Rabu.

Dalam hal penyiasatan RCI, Datuk Seri Tajudin berkata, terpulang kepada hasil siasatan RCI dan keputusan pihak pengadilan untuk mengambil tindakan bagi mereka yang disabitkan kesalahan.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top