12/07/2017 — Rumah Terbuka UMNO Perkenal Juadah Tradisional Setiap Negeri:- Mohd Nasri Zakariah Reviewed by Perak BN on . Sempena dengan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO 2017 pada Ahad ini, lebih 50,000 ahli parti dan rakyat pelbagai peringkat dijangka menghadiri majlis itu di Sempena dengan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO 2017 pada Ahad ini, lebih 50,000 ahli parti dan rakyat pelbagai peringkat dijangka menghadiri majlis itu di Rating: 0
You Are Here: Home » General » 12/07/2017 — Rumah Terbuka UMNO Perkenal Juadah Tradisional Setiap Negeri:- Mohd Nasri Zakariah

12/07/2017 — Rumah Terbuka UMNO Perkenal Juadah Tradisional Setiap Negeri:- Mohd Nasri Zakariah

prakbn Rumah Terbuka UMNO Perkenal Juadah Tradisional Setiap NegeriSempena dengan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO 2017 pada Ahad ini, lebih 50,000 ahli parti dan rakyat pelbagai peringkat dijangka menghadiri majlis itu di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Pegawai Perhubungan Media UMNO, Mohd Nasri Zakariah, berkata majlis yang bermula pada pukul 11 pagi hingga 3 petang itu akan melibatkan kehadiran Presiden UMNO, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Razak, Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Pada sambutan kali ini, setiap negeri akan memperkenalkan juadah tradisional dan makanan sinonim dengan negeri masing-masing misalnya, apam Johol di Negeri Sembilan, nasi dagang (Terengganu) dan mi bandung (Johor).

“Pengerusi badan perhubungan negeri akan berada di gerai negeri masing-masing untuk memperkenalkan makanan tradisi mereka selain, beramah mesra melayan tetamu yang hadir,” kata Mohd Nasri kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini.

Tambahnya lalgi setiap negeri akan menyediakan sekurang-kurangnya 3,000 biji setiap jenis kuih yang akan dihidangkan kepada orang ramai.

Menurut Mohd Nasri lagi, mereka yang hadir turut melibatkan sokongan oleh ketiga-tiga sayap parti iaitu Wanita, Putera dan Puteri dari seluruh negeri.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top