11/07/2017 — Perlu Kerjasama Semua Pihak Pastikan Pemulihan Harimau :- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Dalam usaha memelihara kehidupan haiwan liar, harimau di negeri ini, Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir menghargai kerjasama daripada semua pi Dalam usaha memelihara kehidupan haiwan liar, harimau di negeri ini, Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir menghargai kerjasama daripada semua pi Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 11/07/2017 — Perlu Kerjasama Semua Pihak Pastikan Pemulihan Harimau :- DSD Dr Zambry Abd Kadir

11/07/2017 — Perlu Kerjasama Semua Pihak Pastikan Pemulihan Harimau :- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Perlu Kerjasama Semua Pihak Pastikan Pemulihan Harimau

Dalam usaha memelihara kehidupan haiwan liar, harimau di negeri ini, Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir menghargai kerjasama daripada semua pihak.

Katanya, bukan hanya pihak kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) yang perlu melakukannya tetapi penduduk di kawasan yang terlibat sepatutnya turut serta memelihara dan seterusnya membanteras pemburuan haram.

“Pemilihan kawasan kita khususnya di kawasan Temenggor dan Belum (Royal) dan seluruh negeri Perak amnya untuk pelihara harimau dzpat dilakukan sebaik-baiknya. Ia memerlukan penglibatan semua pihak bukan hanya kerajaan, tetapi juga NGO dan masyarakat sekeliling yang ada di kawasan berkenaan termasuk masyarakat orang asli dan sebagainya.

“Kalau kita ada pendekatan sebegini dan Insyallah matlamat yang hendak dicapai untuk menjadi Perak khususnya atau Malaysia amnya sebagai negara dan negeri yang sifar pemburuan haram,” kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Dialog Mempertingkatkan Pemuliharaan Harimau Malaya di Kompleks Hutan Belum – Temenggor di Ipoh, hari ini.

Dialog tertutup itu dihadiri oleh Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah.

“Saya juga terima kasih kepada pihak jawatankuasa yang mengadakan mesyuarat hari ini dan dihadiri oleh DYMM Sultan Perak yang cemar duli… Ini menunjukkan komitmen di bawah duli Tuanku dan Kerajaan Negeri untuk pastikan pemulihaan harimau di Perak dapat dilakukan sebaik-sebaiknya,” ujar Datuk Seri Diraja Dr Zambry semasa sesi sidang media.

Beliau memberitahu, sepanjang sesi dialog itu diadakan pelbagai cadangan dan pandangan dikongsikan yang mana antara peserta yang hadir terdiri juga daripada badan korporat dan syarikat berkiatan kerajaan (GLC).

“Kita perlukan saranan dan pandangan dan kerajsama untuk jayakan hasrat ini.

“Segala cadnagan-cadangan kita akan perhalusi dan kita juga telah bersetuju menjadi UPEN yang bertanggungjawab bersama dan YB Nolee (Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri) untuk jadi wakil negeri dan kita juga ada wakil daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top