10/07/2017 — Pembinaan Lapangan Terbang Baharu Harap Tercapai:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Kerajaan Negeri mengharapkan agar usaha untuk membina lapangan terbang baharu di dapat dicapai. Ini kerana jika menilai dan melihat kepada beberapa faktor serta Kerajaan Negeri mengharapkan agar usaha untuk membina lapangan terbang baharu di dapat dicapai. Ini kerana jika menilai dan melihat kepada beberapa faktor serta Rating: 0
You Are Here: Home » General » 10/07/2017 — Pembinaan Lapangan Terbang Baharu Harap Tercapai:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

10/07/2017 — Pembinaan Lapangan Terbang Baharu Harap Tercapai:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Pembinaan Lapangan Terbang Baharu Harap TercapaiKerajaan Negeri mengharapkan agar usaha untuk membina lapangan terbang baharu di dapat dicapai.

Ini kerana jika menilai dan melihat kepada beberapa faktor serta andaian terhadap lokasi dan kedudukannya, projek berkenaan memberi nilai tambah kepada negeri Perak dan seterusnya melengkapi keperluan pengangkutan di negara ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

“Kalau kita lihat dari segi keadaan latar belakang dan kedudukam muka bumi kawasan berkenaan, saya yakin ia tidak beri masalah besar kepada tempat tersebut.

“Ia juga tidak terlalu dekat dengan lapangan terbang yang lain yang sibuk seperti Pulau Pinang. Kita harapkan atas andaian itu sebuah lapangan terbang baharu yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Negeri secara rasmi meskipun perbincangan awal sudah diadakaan,” katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun, lokasi tepat lapangan terbang baharu itu tidak dimaklumkan dan jelas Datuk Seri Diraja Dr Zambry ia adalah kawasan yang dahulunya pernah dicadangkan bagi tujuan tersebut.

“Kawasan berkenaan merupakan tempat pertumbuhan dan kawasan itu pernah dicadangkan (membina lapangan terbang) suatu ketika dahulu. Jadi, kita pantau dan tinjau balik cadangan itu semula,” ujar beliau.

Pada masa ini, Kerajaan Negeri masih lagi mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk tujuan perincian sekiranya cadangan itu diluluskan oleh Kerajaan Pusat.

Difahamkan pembinaan lapangan terbang baharu itu yang mempunyai landasan sejauh 3.5 kilometer bukan sahaja bertujuan bagi industri pelancongan semata-mata tetapi juga untuk industri berkaitan pesawat (MRO).

Datuk Seri Diraja Dr Zambry berkata demikian ketika ditemui di Ipoh, hari ini.

Sementara itu, ditanya tentang perancangan lapangan terbang di Hulu Perak, beliau berkata usaha membangunkannya akan dibincangkan bersama pihak koridor utara.

“Kita nak lapangan terbang ringkas yang membolehkan pesawat kecil boleh turun disitu; bila kita ada sebuah lapangan terbang kecil jadi saya yakin potensi pelancongan di Hulu Perak khususnya di Lenggong hingga Pengakalan Hulu lebih membangun,” jelasnya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top