07/07/2017 — SUKIM Platform Terbaik Lahirkan Ramai Atlet India:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi Reviewed by Perak BN on . Penganjuran Sukan India Malaysia (SUKIM) diakui mampu melahirkan lebih ramai atlet muda daripada masyarakat India. Sehubungan dengan itu, Timbalan Perdana Mente Penganjuran Sukan India Malaysia (SUKIM) diakui mampu melahirkan lebih ramai atlet muda daripada masyarakat India. Sehubungan dengan itu, Timbalan Perdana Mente Rating: 0
You Are Here: Home » General » 07/07/2017 — SUKIM Platform Terbaik Lahirkan Ramai Atlet India:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi

07/07/2017 — SUKIM Platform Terbaik Lahirkan Ramai Atlet India:- DSD Dr Ahmad Zahid Hamidi

perakbn SUKIM Platform Terbaik Lahirkan Ramai Atlet India

Penganjuran Sukan India Malaysia (SUKIM) diakui mampu melahirkan lebih ramai atlet muda daripada masyarakat India.

Sehubungan dengan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu agar sukan tersebut diteruskan dan bagi pihak Kerajaan penganjurannya terus diberi sokongan.

“Kerajaan bersedia memberi sokongan dan bantuan dari pelbagai aspek kerana sukan juga mampu mengubah gaya hidup negatif yang semakin membimbangkan.

“Syabas kepada MIC kerana berjaya menganjurkan SUKIM yang masuk edisi ke empat tahun ini,” katanya

Perkara itu dinyatakan menerusi teks ucapan beliau semasa majlis perasmian SUKIM 2017 di Universiti Pendidikan Sultan Idris Kampus Sultan Azlan Shah di Proton City, pada Khamis.

Teks dibacakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir,

Hadir sama di majlis tersebut ialah Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam. Beliau yang ditemui pemberita memberitahu dalam pelan pembangunan masyarakat India, sukan antara bidang yang diberi keutamaan.

Katanya, menerusi sukan ia dapat mengubah persepsi negatif terhadap generasi muda India yang sering dikaitkan dengan kegiatan jenayah.

“Kalau kita mahu tukar kepada positif, persepsi yang positif, kita kena membuka saluran-saluran yang lain dan salah satu daripada saluran ialah sukan dan lagi satu saluran ialah kebudayaan.

“Memang ada banyak peluang di situ dan generasi muda secara sendiri mereka mempunyai kecenderungan untuk melibatkan diri di dalam bidang-bidang ini,” kata Datuk Seri Dr Subramaniam.

Beliau juga berhasrat untuk mengembalikan kegemilangan atlet kaum India seperti bekas pemain bola sepak Datuk M Karathu dan Datuk Santok Singh yang juga hadir pada majlis perasmian SUKIM.

Pada tahun ini SUKIM melibatkan lebih 1,800 atlet dan 500 pegawai dari 12 negeri yang mengambil bahagian dalam 11 jenis sukan yang dipertandingan mulai 3 hingga 9 Julai ini.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top