22/06/2017 — Pengguna Jalan Raya Timur Barat Dinasihatkan Lebih Berhati-hati:- Superintenden Ismail Che Isa Reviewed by Perak BN on . Pengguna jalan raya dinasihat lebih peka dengan pemanduan terutama mereka yang melalui Jalan Raya Timur Barat (JRTB), kata Ketua Polis Daerah Gerik, Superintend Pengguna jalan raya dinasihat lebih peka dengan pemanduan terutama mereka yang melalui Jalan Raya Timur Barat (JRTB), kata Ketua Polis Daerah Gerik, Superintend Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 22/06/2017 — Pengguna Jalan Raya Timur Barat Dinasihatkan Lebih Berhati-hati:- Superintenden Ismail Che Isa

22/06/2017 — Pengguna Jalan Raya Timur Barat Dinasihatkan Lebih Berhati-hati:- Superintenden Ismail Che Isa

perakbn Pengguna Jalan Raya Timur Barat Dinasihatkan Lebih Berhati-hatiPengguna jalan raya dinasihat lebih peka dengan pemanduan terutama mereka yang melalui Jalan Raya Timur Barat (JRTB), kata Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa.

Ini berikutan berlaku kejadian seekor anak gajah yang mati dilanggar kereta di Kilometer 43.6 pada minggu lalu.

Katanya lagi, kehadiran haiwan liar seperti gaja biasanya berada di jalan tersebut sekitar jam 10 malam hingga awal pagi.

“Sejak dari dulu, JRTB merupakan kawasan pergerakan gajah dan binatang liar yang lain. Kemalangan melibatkan gajah di kawasan itu bukanlah pertama kali berlaku.

“Kami juga percaya di dalam kelompok gajah yang terlibat kemalangan baru-baru ini, ada seekor gajah yang lebih besar bersama mereka dari gajah-gajah yang dilihat pada malam itu,” jelas Superinten Ismail.

Dalam hal ini, pengguna yang terserempak dengan haiwan berkenaan diminta supaya tidak membunyikan hon atau menyalakan lampu tinggi terutama lampu diod pemancar cahaya (LED).

Tindakan tersebut kata Superintenden Ismail akan menyebabkan haiwan tersebut bertindak agresif kerana berasa diancam.

Sementara itu, bagi kejadian anak gajah mati di Laluan Geik-Jeli, Pengarah PERHILITAN Perak, Loo Kean Seong berkata, anak gajah berkenaan telah ditemui kira-kira jam 7 pagi pada 16 Jun.

Insiden itu difahamkan telah membuatkan pengguna termasuk penduduk berhampiran rasa bimbang dan berharap pihak berwajib menambah papan tanda memberitahu kewujudan gajah liar di kawasan itu.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top