20/06/2017 — 3,000 Terima Bantuan Program Ziarah, 500 Sumbangan Wakil Rakyat:- Datuk Shamsuddin Abu Hassan Reviewed by Perak BN on . Wakil rakyat di Parlimen Tapah mengambil inisiatif menambah nilai Program Ziarah Ramadhan anjuran Yayasan Tabung Haji dengan turut sama membuat sumbangan. Jelas Wakil rakyat di Parlimen Tapah mengambil inisiatif menambah nilai Program Ziarah Ramadhan anjuran Yayasan Tabung Haji dengan turut sama membuat sumbangan. Jelas Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 20/06/2017 — 3,000 Terima Bantuan Program Ziarah, 500 Sumbangan Wakil Rakyat:- Datuk Shamsuddin Abu Hassan

20/06/2017 — 3,000 Terima Bantuan Program Ziarah, 500 Sumbangan Wakil Rakyat:- Datuk Shamsuddin Abu Hassan

perakbn 3,000 Terima Bantuan Program Ziarah 500 Sumbangan Wakil RakyatWakil rakyat di Parlimen Tapah mengambil inisiatif menambah nilai Program Ziarah Ramadhan anjuran Yayasan Tabung Haji dengan turut sama membuat sumbangan.

Jelas ADUN Ayer Kuning, Datuk Shamsuddin Abu Hassan menerusi pihak yayasan seramai 3,000 orang terima sumbangan manakala 500 orang menerima bantuan daripada wakil rakyat tempatan.

“Dari segi jumlah penerima kita perbanyakkan, selalunya jumlah menerima antara 1,500 hingga 2,000 orang, tapi kita (di Tapah) tingkatkan kepada 3,500 orang 3,000 terima sumbangan Tabung Haji dan 500 terima sumbangan wakil rakyat di sekitar Tapah.

“Kita ada komponen-komponen asnaf terdiri daripada fakir miskin, muallaf dan ibu tunggul yang bukan asnaf, anak yatim bukan asnaf. Dengan program sebegini biarpun jumlah (sumbangan) sedikit tetapi ia dirasai oleh 3,500 orang,” kata.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Masyarakat Sivil ditemui pemberita semasa Program Ziarah Kasih Ramadhan di Tapah, hari ini.

Hadir merasmikan program tersebut Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

Dana bantuan daripada Yayasan Tabung Haji turut melibatkan wang zakat dan penerima menerima sumbangan berbentuk wang tunai.

“Soalnnya di sini, nilai bukan agenda utama, yang penting touching, walaupun RM100, inilah pendekatan yang dilakukan di Tapah ini supaya dokongan, sokongan dapat diwujudkan oleh semua pihak.

“Kita bukan sahaja bagai duit raya tetapi di peringkat parlimen Tapah kita telah beri sumbangan lain dari awal Ramadhan,” kata Datuk Shamsuddin.

Tapah merupakan kawasan parlimen keenam yang dipilih di negeri ini sebagai kawasan untuk laksanakan Program Ziarah Kasih ini.

“Program Ziarah ini diilhamkan oleh Perdana Menteri dan di Perak hanya lima kawasan utama iaitu Teluk Intan, Sungai Siput, Bukit Gantang, Lumut, Kampar.

“Saya mohon jasa baik Datuk Seri Abdul Azeez selaku Pengerusi Tabung Haji supaya Tapah dimasukkan sebagai program ziarah dan akhirnya Tapah diterima jadi kawasan ke-6,” kata Datuk Shamsuddin lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top