18/06/2017 — Teroka Potensi Manjung, Tumpuan Sektor Industri, Pelancongan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Pihak Koridor Utara sedang melaksanakan kajian bagi mengenal pasti potensi pembangunan di daerah Manjung. Jelas Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd K Pihak Koridor Utara sedang melaksanakan kajian bagi mengenal pasti potensi pembangunan di daerah Manjung. Jelas Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd K Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 18/06/2017 — Teroka Potensi Manjung, Tumpuan Sektor Industri, Pelancongan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

18/06/2017 — Teroka Potensi Manjung, Tumpuan Sektor Industri, Pelancongan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Teroka Potensi Manjung Tumpuan Sektor Industri Pelancongan

Pihak Koridor Utara sedang melaksanakan kajian bagi mengenal pasti potensi pembangunan di daerah Manjung.

Jelas Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir kajian yang memasuki fasa akhir itu dibuat selepas Koridor Utara melengkapkan perancangan pembangunan untuk Kerajaan Negeri.

“Kerajaan meluluskan peruntukkan kajian untuk melihat potensi di Manjung dan kajian hampir siap dan kita akan lihat cadangan untuk pembangunan masa kini dan akan depan.

“Ini meliputi semua kawasan bukan sahaja di Seri Manjung, Pangkor dan Sitiawan. Ia adalah kajian menyeluruh iaitu di daerah Manjung termasuk parlimen Beruas dan Lumut,” jelas beliau.

Mengulas lanjut tentang kajian potensi tersebut, beliau berkata antara yang menjadi tumpuan melibatkan sektor industri dan pelancongan.

“Manjung merupakan pusat perkembangan industri dan pelancongan dan ini aspek yang kita beri tumpuan,” ujar Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

Difahamkan Manjung dan Pulau Pangkor antara kawasan yang penting bagi pelaksanaan pembangunan wilayah Utara dan menerusi blueprint 2.0 sekurang-kurangnya 80 projek akan dibangunkan di seluruh kawasan terlibat.

Datuk Seri Diraja Dr Zambry berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Sumbangan daripada Koridor Utara Malaysia kepada 100 penerima di Pulau Pangkor,hari ini.

“Terima kasih Koridor Utara yang ambil inisiatif untuk datang ke Pangkor untuk melihat keadaan penduduk di sini dan bagi sumbangan kepada mereka yang kurang berkemampuan,” ujarnya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top