18/06/2017 — Ops HRA, JPJ Tidak Akan Berkompromi:- DS Nadzri Siron Reviewed by Perak BN on . Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan tiada sebarang bentuk kompromi terhadap pemandu yang melakukan kesalahan sepanjang Operasi Hari Raya Aidilfitri (Ops Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan tiada sebarang bentuk kompromi terhadap pemandu yang melakukan kesalahan sepanjang Operasi Hari Raya Aidilfitri (Ops Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 18/06/2017 — Ops HRA, JPJ Tidak Akan Berkompromi:- DS Nadzri Siron

18/06/2017 — Ops HRA, JPJ Tidak Akan Berkompromi:- DS Nadzri Siron

perakbn Ops HRA JPJ Tidak Akan BerkompromiJabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan tiada sebarang bentuk kompromi terhadap pemandu yang melakukan kesalahan sepanjang Operasi Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) 2017.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Nadzri Siron berkata operasi tersebut yang bermula hari ini hingga 2 Julai nanti, bertujuan bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya dalam usaha mengurangkan kemalangan dan kematian.

Bagi kesalahan yang menyebabkan pengguna dikenakan denda mahkamah melibatkan tujuh kesalahan iaitu gagal mematuhi lampu isyarat, memotong garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit, memandu di lorong kecemasan dan memandu melebihi had laju.

“Selain itu, kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar dan memandu di lorong kanan secara berterusan (kenderaan barangan) juga bakal berdepan denda ini,” jelas Datuk Seri Nadzri.

Bagi kesalahan lain pengguna akan dikompaun maksimum RM300 mengikut kesalahan.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Ops HRA di Klang, pada Sabtu.

Mengenai aspek keselamatan terhadap kenderaan awam seperti bas, Datuk Seri Nadzri berkata beberapa penguatkuasaan termasuk pemeriksaan teknikal bas ekspres secara menyeluruh, pemeriksaan bas di 28 buah terminal seluruh negara serta pemeriksaan dokumen pemandu, buku log, pemandu kedua dan saringan air kencing dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan dibuat.

Tindakan seperti penyamaran juga akan dilakukan oleh anggota JPJ yang akan menaiki bas sebagai penumpang dengan tujuan mengesan pemandu yang melakukan kesalahan.

“Unit Peronda Bermotor (UPB) akan meronda di lebuh raya yang mempunyai lorong motosikal dan juga kawasan bandar,” ujar beliau.

Menurut Datuk Seri Nadzri lagi, pihaknya juga akan memberi fokus terhadap tujuh kawasan yang menempatkan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top