18/06/2017 — Bekalan Santan Mencukupi, Harga Kekal RM8 Hingga RM9 Sekilo:- DS Tajuddin Abdul Rahman Reviewed by Perak BN on . Kementerian Pertanian dan Industri Tani menjelaskan bahawa bekalan santan di seluruh negara mencukupi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfit Kementerian Pertanian dan Industri Tani menjelaskan bahawa bekalan santan di seluruh negara mencukupi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfit Rating: 0
You Are Here: Home » General » 18/06/2017 — Bekalan Santan Mencukupi, Harga Kekal RM8 Hingga RM9 Sekilo:- DS Tajuddin Abdul Rahman

18/06/2017 — Bekalan Santan Mencukupi, Harga Kekal RM8 Hingga RM9 Sekilo:- DS Tajuddin Abdul Rahman

perakbn Bekalan Santan Mencukupi Harga Kekal RM8 Hingga RM9 Sekilo

Kementerian Pertanian dan Industri Tani menjelaskan bahawa bekalan santan di seluruh negara mencukupi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri nanti.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata selain bekalan harga barangan tersebut turut dikekalkan antara RM8 hingga RM9 sekilogram.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan akan berlaku kenaikan harga.

“Laporan yang diterima oleh Jabatan Pertanian mendapati bekalan santan masih cukup dan harga santan dijangka tidak akan naik sama sekali dan kekal pada harga RM8 – RM9 sekilo.

“Sudah tentu kita tidak boleh memberi jaminan ianya tidak akan naik harga atau sebagainya tetapi kita boleh pegang pada laporan Jabatan Pertanian bahawa ianya mencukupi,” katanya.

Dalam hal ini, Datuk Seri Tajuddin menjelaskan pihak Jabatan Pertanian melakukan pemantauan bekalan bahan mentah berkenaan dan pada masa ini harganya masih kekal seperti ditetapkan.

Bagi memastikan permintaan dipenuhi, pihak kementerian mengambil inisiatif mengimport kelapa dari luar negara seperti Indonesia dan Filipina.

Ditanya tentang dakwaan yang kononnya pihak pengusaha akan menaikkan harga santan akibat kekurangan bekalan, Datuk Seri Tajuddin menyangkal perkara itu dan menyifatkan ia sekadar jangkaan semata-mata.

“Ya, mungkin secara logiknya mereka fikir musim perayaan permintaan tinggi dan bekalan akan berkurangan.

“Namun mereka tidak tahu kita telah memberi kebenaran mengimport kelapa itu lebih daripada biasa supaya kita dapat menampung peningkatan permintaan,”jelasnya.

Datuk Seri Tajuddin berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa Bersama UMNO Perak di Ipoh, malam tadi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top