17/06/2017 — Stabilkan Industri Minyak, Formula Baharu Diumumkan:- DS Hamzah Zainuddin Reviewed by Perak BN on . Dalam usaha menstabilkan industri minyak negara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengumumkan satu formula baharu p Dalam usaha menstabilkan industri minyak negara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengumumkan satu formula baharu p Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 17/06/2017 — Stabilkan Industri Minyak, Formula Baharu Diumumkan:- DS Hamzah Zainuddin

17/06/2017 — Stabilkan Industri Minyak, Formula Baharu Diumumkan:- DS Hamzah Zainuddin

perakbn Stabilkan Industri Minyak, Formula Baharu DiumumkanDalam usaha menstabilkan industri minyak negara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengumumkan satu formula baharu pada minggu hadapan.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin formula itu diperkenalkan bagi memastikan semua pihak termasuk pengguna, pengusaha stesen serta syarikat minyak mendapatkan keuntungan berikutan trend harga pasaran minyak negara sejak kebelakangan ini menurun.

“Saya tengah mencari dan memuktamadkan satu formula dan insyaAllah, saya akan bincang sekali lagi dengan syarikat minyak dalam memastikan ia mampu menguntungkan semua pihak.

“Minggu lepas, saya sudah berbincang dengan mereka (syarikat minyak), begitu juga dengan Kementerian Kewangan. Jadi, minggu depan adalah perbincangan akhir dengan mereka dan saya akan umumkan bagaimana untuk menstabilkan industri kita ini,” katanya.

Sehubungan dengan itu beliau mengharapkan semua pihak dapat menerima formula berkenaan dan seterusnya memahami situasi 3,500 pengusaha stesen minyak yang dijangka mengalami kerugian jika harga petrol terus menurun.

“Sepatutnya, rakyat juga harus bersimpati dengan mereka kerana bekalan minyak kita mencukupi, namun, sekiranya banyak yang tutup, kita hendak dapatkan minyak dari stesen ke satu stesen pun jauh,” katanya.

Datuk Seri Hamzah berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pengagihan Zakat Bank Rakyat kepada 1,530 asnaf Parlimen Larut di Batu Kurau, semalam.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top