17/06/2017 — Quran Hour Proses Membudayakan Fahaman Umat Tentang Islam:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Penganjuran program Quran Hour yang dicetuskan oleh negara Malaysia adalah satu program yang ternyata dapat meningkat kefahaman tentang Islam yang sebenarnya. M Penganjuran program Quran Hour yang dicetuskan oleh negara Malaysia adalah satu program yang ternyata dapat meningkat kefahaman tentang Islam yang sebenarnya. M Rating: 0
You Are Here: Home » General » 17/06/2017 — Quran Hour Proses Membudayakan Fahaman Umat Tentang Islam:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

17/06/2017 — Quran Hour Proses Membudayakan Fahaman Umat Tentang Islam:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Quran Hour Proses Membudayakan Fahaman Umat Tentang Islam

Penganjuran program Quran Hour yang dicetuskan oleh negara Malaysia adalah satu program yang ternyata dapat meningkat kefahaman tentang Islam yang sebenarnya.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir, ia juga adalah satu proses membudayakan pembacaan al-Quran dalam kalangan umat.

“Ini budaya yang baik dan kita menyokong penuh.

” Quran Hour ini adalah suatu yang boleh membudayakan al-Quran dalam masyarakat islam untuk membiasakan mereka membaca dan apabila proses membudayakan ini dapat lakukan bermakna masyarakat dapat fahami apakah ajaran al-Quran sebenarnya,” jelasnya.

Sempena edisi ketiga Quran Hour, dengan tema ‘Bangsa Berbudi dan Penyayang’ ia akan berlangsung selama sejam bermula jam 12 tengah hari pada 19 Jun ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Bagi pihak Kerajaan Negeri Perak, Datuk Seri Diraja Dr Zambry memberitahu bahawa Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah akan berangkat yang diiringi oleh beliau ke majlis tersebut.

“Saya akan juga minta pada masyarakat terutama umat Islam dan juga institusi tertentu untuk menjayakan Quran Hour dan tuanku Sultan akan berangkat ke Kuala Lumpur dan saya akan mengiringi baginda,” katanya kepada pemberita semasa program Shopping Raya bersama anak angkat Menteri Besar di Ipoh, hari ini.

Program tahunan Quran Hour yang mendapat sokongan daripada beberapa negara Islam lain bermatlamat untuk mengajak dan menggalakkan umat Islam supaya membaca, memahami dan mengamalkan ajaran yang terkandung dalam al-Quran.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top