17/06/2017 — Badan Korporat, NGO Diseru Laksana Bantuan Bukan Bersifat ‘One-Off’:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Program seperti Anak Angkat Menteri Besar dilihat mampu memberi bantuan yang berimpak jangka masa panjang terutama dalam memastikan mereka mampu hidup berdikari Program seperti Anak Angkat Menteri Besar dilihat mampu memberi bantuan yang berimpak jangka masa panjang terutama dalam memastikan mereka mampu hidup berdikari Rating: 0
You Are Here: Home » General » 17/06/2017 — Badan Korporat, NGO Diseru Laksana Bantuan Bukan Bersifat ‘One-Off’:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

17/06/2017 — Badan Korporat, NGO Diseru Laksana Bantuan Bukan Bersifat ‘One-Off’:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Badan Korporat NGO Diseru Laksana Bantuan

Program seperti Anak Angkat Menteri Besar dilihat mampu memberi bantuan yang berimpak jangka masa panjang terutama dalam memastikan mereka mampu hidup berdikari dan berjaya.

Dalam hal ini, Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir menyeru agar pihak korporat atau badan bukan kerajaan (NGO) tampil bersama-sama bagi melaksanakan usaha itu atau mencipta program yang seumpamannya.

“Saya harap model ini (Anak Angkat Menteri Besar) berjaya khususnya melibatkan anak-anak daripada kalangan mereka yang miskin yang kita kenal pasti di setiap daerah.

“Keduanya, ada di kalangan NGO dan badan korporat memberi bantuan, saya seru mereka tampil bersama-sama kepada program ini.

“Ini adalah program yang menjadi pencetus dan beri ransangan kepada pihak-pihak di luar sana…ini adalah program lebih berkesan daripada program kita bagi kasut dan baju setahun sekali,” ujar beliau.

Datuk Seri Diraja Dr Zambry berkata demikian semasa program penyampaian bantuan Aidilfitri dan Shopping Raya Anak Angkat Menteri Besar, di Ipoh, tengah hari tadi.

Program sedemikian dianjurkan secara konsisten sejak tujuh tahun lalu selepas ia dilancarkan.

Dari aspek perkembangan anak angkat yang dipilih, Datuk Seri Diraja Dr Zambry menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian yang diraih oleh mereka.

” Saya berbangga kerana mereka yang kita ambil sebagai anak angkat Menteri Besar; sebahagiannya telah berjaya dalam kehidupan, ada yang bekerja dan ada yang belajar di institusi-institusi pengajian tinggi (IPT),” ujar beliau.

Setakat ini seramai 29 anak angkat telah berjaya mengikuti pengajian di IPT dan 55 orang lagi memiliki pekerjaan.

Program yang dikelolakan menerusi Yayasan Bina Upaya (YBU) itu bagaimanapun mengeluarkan mereka yang bekerja dan berkahwin daripada senarai anak angkat.

“Saya akan kenal pasti atau pihak sekolah akan kenal pasti (individu yang layak) dan syorkan kepada YBU. Maka kita ambil mereka sebagai anak angkat.

” Bagi mereka yang masih belajar di IPT kita masih kekalkan (sebagai anak angkat), bagi mereka yang sudah berkerja dan berkahwin kita panggil alumni anak angkat Menteri Besar dan kita harap mereka dapat datang semula untuk ‘memberi’ dan menyumbang semula,’ kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry lagi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top