16/06/2017 — Saling Menasihati, Jangan Cari Kesalahan Orang Lain:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Masyarakat diminta tidak mencari kesalahan orang lain sebaliknya bermuhasabah diri dan nasihat-menasihati antara satu sama lain, kata Menteri Besar, Datuk Seri Masyarakat diminta tidak mencari kesalahan orang lain sebaliknya bermuhasabah diri dan nasihat-menasihati antara satu sama lain, kata Menteri Besar, Datuk Seri Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 16/06/2017 — Saling Menasihati, Jangan Cari Kesalahan Orang Lain:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

16/06/2017 — Saling Menasihati, Jangan Cari Kesalahan Orang Lain:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Saling Menasihati, Jangan Cari Kesalahan Orang Lain

Masyarakat diminta tidak mencari kesalahan orang lain sebaliknya bermuhasabah diri dan nasihat-menasihati antara satu sama lain, kata Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

Ini secara tidak langsung sifat buruk seperti marah dan benci tidak diterapkan dalam diri seseorang.

“Kalau ada perselisihan kecil, cari jalan untuk selesaikan segera kerana tukang cucuk memang ramai,” katanya.

Datuk Seri Diraja Dr Zambry berucap kepada jemaah di Masjid At-Attayibin Tanah Hitam, Ipoh awal pagi tadi.

Mengulas peranan pihak masjid dalam hal ini, beliau mahu institusi itu dijadikan tempat penyatuan umat tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik.

Terdahulu beliau menyertai Program Qiamullail dan solat Subuh yang diimamkan oleh guru Al -Quran Masjidil Haram Mekah, Sheikh Usama Muhammad Iqbal.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah, ADUN Manjoi, Mohd Ziad Mohd Zainal Abidin dan Pengerusi Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR), Datuk Azhar Ahmad.

“Semangat yang ditunjukkan sangat hebat kerana Subuh adalah tanda permulaan hidup seharian kita,” ujar Datuk Seri Diraja Dr Zambry.

Sempena dengan kunjungan ke masjid berkenaan, beliau berkesempatan mendengar taklimat ringkas mengenai cadangan pembinaan Pusat Pengajian Islam At-Taiyyibin yang melibatkan kos kira-kira RM15 juta.

Pembinaan itu melibatkan dua fasa iaitu untuk yang pertama, 80 unit sekolah pondok untuk warga emas akan dibina manakala fasa kedua melibatkan pembinaan maahad tahfiz yang boleh memuatkan pelajar antara 120 hingga 150 orang.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top