16/06/2017 — Perak Intai Pasaran Hong Kong, Macau:- Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid Reviewed by Perak BN on . Kunjungan delegasi seramai 43 orang dari Dewan Perniagaan Malaysia Hong Kong & Macau (MCCHKM) mampu membuka peluang pelaburan dari dua buah negara itu. Jela Kunjungan delegasi seramai 43 orang dari Dewan Perniagaan Malaysia Hong Kong & Macau (MCCHKM) mampu membuka peluang pelaburan dari dua buah negara itu. Jela Rating: 0
You Are Here: Home » General » 16/06/2017 — Perak Intai Pasaran Hong Kong, Macau:- Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid

16/06/2017 — Perak Intai Pasaran Hong Kong, Macau:- Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid

perakbn Perak Intai Pasaran Hong Kong, MacauKunjungan delegasi seramai 43 orang dari Dewan Perniagaan Malaysia Hong Kong & Macau (MCCHKM) mampu membuka peluang pelaburan dari dua buah negara itu.

Jelas Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid pada pertemuan dengan Kerajaan Negeri hari ini, pihak MCCHKM diberi penerangan tentang situasi da prospek pelaburan dalam pelbagai sektor.

“Ahli delegasi terdiri daripada individu yang berlatarbelakangkan perbankan, pelaburan, pelancongan, wakil pelabur-pelabur besar dan sebagainya di Hong Kong dan Macau, jadi kita ambil peluang ini terangkan kepada mereka mengenai peluang-peluang yang ada di Perak,” jelasnya.

Pada pertemuan yang disertai Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir itu, Kerajaan Negeri menerangkan dari aspek dasar pelaburan dalam bidang mineral, infrastuktur, sektor industri, pelancongan dan beberapa sektor yang lain.

Kata Datuk Mohamad Zahir lagi, delegasi yang hadir 20 daripadanya adalah rakyat Malaysia yang tinggal lebih 20 tahun di Hong Kong dan Macau.

“Bagi kita, ini merupakan satu kelebihan kerana mereka benar-benar faham situasi di Malaysia serta Perak dan ianya akan memudahkan mereka untuk memberi penerangan kepada bakal-bakal pelabur di Hong Kong dan Macau kelak,” jelasnya.

MCCHKM telah memilih Perak sebagai destinasi mereka pada tahun ini, yang mana pada tahun-tahun sebelumnya, mereka telah pergi ke Pulau Pinang dan Kota Kinabalu, Sabah.

Pertemuan rasmi MCCHKM dengan Kerajaan Negeri telah diadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top