16/06/2017 — Mahathir Memimpin, Armada PPBM Pertikai, PKR Nafikan Reviewed by Perak BN on . Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja dipertikaikan kepimpinannya oleh parti luar tetapi juga oleh gerakan dalam Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja dipertikaikan kepimpinannya oleh parti luar tetapi juga oleh gerakan dalam Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 16/06/2017 — Mahathir Memimpin, Armada PPBM Pertikai, PKR Nafikan

16/06/2017 — Mahathir Memimpin, Armada PPBM Pertikai, PKR Nafikan

perakbn 16062017 -- Mahathir Memimpin, Armada PPBM Pertikai, PKR NafikanPengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja dipertikaikan kepimpinannya oleh parti luar tetapi juga oleh gerakan dalamannya berhubung melantik beliau sebagai pilihan Perdana Menteri ke-7 serta mengetuai Pakatan Harapan.

Menenusi dua kenyataan yang dibuat semalam oleh Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan PKR semalam, kedua-dua belah pihak menggambarkan reaksi menolak kepimpinan bekas perdana menteri itu.

Dalam soal lantikan sebagai Perdana Menteri ke-7 bagi senarai pembangkang, Exco Armada PPBM, Abd Wahazir Abd Wahab berkata Tun Dr Mahathir tidak layak mengulangi jawatan Perdana Menteri memandangkan DAP mempunyai bilangan kerusi di Parlimen lebih ramai berbanding PPBM.

“Saya rasa dari segi itu (calon Perdana Menteri ke-7), DAP pun mendesak mahu menjadi Perdana Menteri dan bagi saya Dr Mahathir tidak layak lagi untuk menjadi Perdana Menteri.

“Kepemimpinan (Armada PPBM) menyatakan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk menjadi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mentor saya sendiri Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Malah tambah Abd Wahazir lagi, pelantikan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri juga adalah tidak tepat.

Mengenai isu Tun Dr Mahathir akan mengetuai Pakatan Harapan, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzli berkata sehingga kini gabungan itu tidak lagi membincangkan barisan kepimpinan termasuk siapa yang akan mengetuainya.

“Sebarang keputusan mengenai perkara ini akan diumumkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan,” katanya kepada pemberita.

Malah isu ini turut mendapat maklum balas daripada Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

“Inaccurate (Tidak tepat). PKR akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara ini,” jelasnya.

Pagi semalam, terdapat laporan portal memetik sumber dalaman parti bahawa Biro Politik PKR sudah menyatakan persetujuan agar Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top