15/06/2017 — Tidak Peduli Arahan, Polis Buru Penjual Bunga Api:- Datuk Hasnan Hassan Reviewed by Perak BN on . Polis Perak melancarkan operasi besar-besaran untuk memburu penjual bungai api dan bahan letupan khususnya bazar Ramadhan dan pasar malam. Menurut Ketua Polis P Polis Perak melancarkan operasi besar-besaran untuk memburu penjual bungai api dan bahan letupan khususnya bazar Ramadhan dan pasar malam. Menurut Ketua Polis P Rating: 0
You Are Here: Home » General » 15/06/2017 — Tidak Peduli Arahan, Polis Buru Penjual Bunga Api:- Datuk Hasnan Hassan

15/06/2017 — Tidak Peduli Arahan, Polis Buru Penjual Bunga Api:- Datuk Hasnan Hassan

perakbn Tidak Peduli Arahan, Polis Buru Penjual Bunga ApiPolis Perak melancarkan operasi besar-besaran untuk memburu penjual bungai api dan bahan letupan khususnya bazar Ramadhan dan pasar malam.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan tindakan itu dibuat memandangkan arahan dan amaran yang dibuat tidak dipeduli oleh para penjual.

“Pada hari ini (kelmarin), saya mengarahkan pasukan penguat kuasa daripada Bahagian Pelesenan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan ibu pejabat polis daerah (IPD) untuk menguatkuasakan peraturan dan undang-undang bawah Akta Bahan Letupan 1957.

“Kita akan merampas dan menahan mana-mana orang yang menjual bunga api atau bahan letupan yang tidak dibenarkan,” ujar beliau kepada pemberita di Ipoh, semalam.

Jelasnya lagi, hasil risikan dan pemantauan pihaknya mendapati kegiatan penjualan bahan letupan dan bungai api yang terlarang masih diteruskan oleh penjual.

Setakat ini hanya 14 jenis bunga api dan mercun yang boleh dijual kepada orang awam walau bagaimanapun, penjual perlu mendapatkan lesen sah.

Dalam perkembangan lain, sempena Aidilfitri ini, Datuk Hasnan menasihatkan orang ramai yang ingin pulang bercuti supaya mengisi borang khas di balai polis berhampiran bagi memaklumkan ketiadaan mereka.

“Pada tahun lalu, kita menerima 30 borang sahaja di seluruh Perak. Kita berharap orang ramai lebih peka dan mengisi borang tersebut bagi memastikan keselamatan di kawasan perumahan mereka terjamin,” katanya.

Makluman itu penting bagi membolehkan pihak polis membuat rondaan dan pemantauan agar jenayah pecah rumah dapat dielakkan.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top