15/06/2017 — Diskaun 75 Peratus Kompaun MBI Dilanjutkan Hingga 30 Jun:- Datuk Zamri Man Reviewed by Perak BN on . Warga Ipoh berkesempatan untuk menikmati pengurangan 75 peratus kompaun Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sehingga 30 Jun ini. Datuk Bandar, Datuk Zamri Man dalam ken Warga Ipoh berkesempatan untuk menikmati pengurangan 75 peratus kompaun Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sehingga 30 Jun ini. Datuk Bandar, Datuk Zamri Man dalam ken Rating: 0
You Are Here: Home » General » 15/06/2017 — Diskaun 75 Peratus Kompaun MBI Dilanjutkan Hingga 30 Jun:- Datuk Zamri Man

15/06/2017 — Diskaun 75 Peratus Kompaun MBI Dilanjutkan Hingga 30 Jun:- Datuk Zamri Man

perakbn Diskaun 75 Peratus Kompaun MBI Dilanjutkan Hingga 30 JunWarga Ipoh berkesempatan untuk menikmati pengurangan 75 peratus kompaun Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sehingga 30 Jun ini.

Datuk Bandar, Datuk Zamri Man dalam kenyataannya berkata atas permintaan yang tinggi, pihaknya bersetuju melanjutkan tempoh penawaran tersebut yang sepatutnya tamat pada 14 Jun  iaitu semalam.

“Tawaran diskaun ini bertujuan untuk membantu dan meringankan beban warga kota Ipoh untuk melangsaikan dan menjelaskan ke semua bayaran tertunggak selama ini.

“Diskaun pengurangan 75 peratus  ini hanya melibatkan tawaran-tawaran kompaun kesalahan trafik dan lalu lintas yang dikeluarkan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MBI,” jelasnya.

Kesalahan yang diberi tawaran hanyalah berkaitan tidak mempamerkan kupon atau meletakkan kenderaan di luar petak sahaja.

Sepanjang pengurangan 75 peratus diberikan sejak 31 Mei hingga 14 Jun 2017, MBI berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM 1.15 juta dengan jumlah kompaun diselesaikan sebanyak 168,659 kesalahan.

“Sekiranya peluang ini tidak digunakan sebaik mungkin oleh Orang Kena Kompaun (OKK), MBI tidak akan teragak-agak untuk memfailkan saman ke mahkamah terhadap kesemua pesalah tegar ini yang tidak merebut peluang menjelaskan tunggakan tawaran kompaun,” kata Datuk Zamri lagi.

Bagi kesalahan lain-lain, MBI masih menawarkan diskaun pengurangan yang tertakluk kepada diskaun dan prosedur pengurangan sedia ada.

“Warga kota Ipoh boleh terus membuat pembayaran kompaun di Kaunter Bayaran Ibu Pejabat MBI,  Kaunter Bayaran di Jalan Bandar, Kaunter Bayaran MBI di UTC dan Kaunter Pandu Masuk MBI dan secara atas talian dengan melayari portal rasmi MBI, www.mbi.gov.my,” jelasnya lagi.

Untuk sebarang semakan, pengguna boleh datang ke Kaunter 1 Serve di  Lobi Bangunan MBI.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top