14/06/2017 — Program ‘Boleh Bincang’, Kelonggaran Peminjam PTPTN Tangguh Bayaran :- Datuk Shamsul Anuar Nasarah Reviewed by Perak BN on . Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkesempatan membuat rundingan untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman menerusi program ‘Boleh Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkesempatan membuat rundingan untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman menerusi program ‘Boleh Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 14/06/2017 — Program ‘Boleh Bincang’, Kelonggaran Peminjam PTPTN Tangguh Bayaran :- Datuk Shamsul Anuar Nasarah

14/06/2017 — Program ‘Boleh Bincang’, Kelonggaran Peminjam PTPTN Tangguh Bayaran :- Datuk Shamsul Anuar Nasarah

perakbn Program ‘Boleh Bincang’ Kelonggaran Peminjam PTPTN Tangguh BayaranPeminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkesempatan membuat rundingan untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman menerusi program ‘Boleh Bincang’.

Menurut Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah penangguhan boleh dibuat sehingga 24 bulan dan ia juga tertakluk kepada umur dan situasi peminjam.

“Jika ada mana-mana peminjam yang sukar untuk memulakan bayaran balik pinjaman mereka atas sebab seperti kerja di bawah paras kelayakan, serta pelajar yang baharu bergraduan masih belum mendapat kerja, maka boleh datang ke kaunter kita untuk memohon.

“Ini menunjukkan kita fleksibel, mesra pelanggan dan yang paling penting, usaha ini untuk memberi kebaikan kepada PTPTN bagi menjamin survival dan masa depan pendidikan tinggi negara,” katanya.

Setakat ini, program Boleh Bincang mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan seterusnya meningkatkan kesedaran peminjam untuk membuat bayaran balik.

Pada tahun ini, PTPTN mensasarkan kutipan balik bernilai RM4 bilion.

Datuk Shamsul Anuar berkata demikian selepas Majlis Iftar PTPTN Bersama Media di ibu negara, malam tadi.

Bagi tujuan pembiayaan pendidikan anak-anak pada masa akan datang, PTPTN menggalakkan ibu bapa untuk mula menyimpan di mana-mana skim yang disediakan.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top