14/06/2017 — Lantikan Datuk Bandar Bersandaran Merit, Kelayakan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Pelantikan jawatan Datuk Bandar adalah bersandarkan kepada merit atau kelayakan seseorang, jelas Menteri Besar Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir. Oleh yang Pelantikan jawatan Datuk Bandar adalah bersandarkan kepada merit atau kelayakan seseorang, jelas Menteri Besar Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir. Oleh yang Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 14/06/2017 — Lantikan Datuk Bandar Bersandaran Merit, Kelayakan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

14/06/2017 — Lantikan Datuk Bandar Bersandaran Merit, Kelayakan:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn Lantikan Datuk Bandar Bersandaran Merit, Kelayakan

Pelantikan jawatan Datuk Bandar adalah bersandarkan kepada merit atau kelayakan seseorang, jelas Menteri Besar Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

Oleh yang demikian, tidak timbul faktor melihat seseorang itu dari aspek perkaumanan kerana ini akan menyebabakan mereka yang dilantik tidak dapat keluar dari kepompong lingkaran yang berasaskan kepada etnik.

“Saya berpendapat perlantikan Datuk Bandar mestilah mengikut saluran sesiapa saja yang dilantik dan kita jangan beranggapan jika kawasan itu majoritinya Cina maka mereka mesti dilantik Datuk Bandar.

“Begitu juga kalau kawasan itu ramai kaum India maka mesti dilantik dari bangsa itu dan sama juga seperti Melayu,” katanya.

Datuk Seri Diraja Dr Zambry mengulas hal itu susulan cadangan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai supaya melantik Datuk Bandar dalam kalangan masyarakat Cina bagi kawasan yang majoritinya dihuni oleh kaum tersebut.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Kerajaan Negeri Perak 2017 di Ipoh, pada Selasa.

Terdahulu, Datuk Seri Liow turut memberitahu bahawa beliau akan berjumpa dengan Perdana Menteri untuk mengatakan cadangan tersebut.

Antara bandar yang dinyatakan ialah Johor Bahru dan Ipoh yang mana dua kawasan ini mempunyai majoriti masyarakat Cina.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top