11/06/2017 — Belia Perlu Berhati-hati Pengaruh Daesh:- Khairy Jamaluddin Reviewed by Perak BN on . Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengingatkan belia di negara ini supaya lebih peka dengan pengaruh militan Daesh di negara ini. Ini berikutan penyusu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengingatkan belia di negara ini supaya lebih peka dengan pengaruh militan Daesh di negara ini. Ini berikutan penyusu Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 11/06/2017 — Belia Perlu Berhati-hati Pengaruh Daesh:- Khairy Jamaluddin

11/06/2017 — Belia Perlu Berhati-hati Pengaruh Daesh:- Khairy Jamaluddin

perakbn Belia Perlu Berhati-hati Pengaruh DaeshMenteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengingatkan belia di negara ini supaya lebih peka dengan pengaruh militan Daesh di negara ini.

Ini berikutan penyusupan kumpulan itu dengan menubuhkan kubu di Asia Tenggara yang dilihat berisiko kepada belia yang lebih mudah ditarbiyah dan direkrut.

“Saya risau dalam konteks majoriti rakyat Malaysia yang terbabit dalam Daesh adalah daripada golongan belia, iaitu orang muda yang ‘radicalise’ (mempunyai fahaman radikal).

“Sebab itu @HishammuddinH2O (Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein) ke Mindanao Jumaat lalu untuk bincang kerjasama dengan Menteri Pertahanan Filipina dalam menangani ancaman Daesh,” katanya menerusi Twitter rasminya, pagi tadi.

Khairy turut menyuarakan rasa bimbangnya berhubung gerakan dan pengaruh militan Daesh ada kalanya berbentuk ‘lone wolf’ iaitu serangan secara indvidu.

“Serangan ‘lone wolf’ paling sukar dikesan. Sebab bukan kumpulan besar yang buat tetapi seorang individu sahaja. Dia bawa bom, dia letupkan.

“Dan apabila itu berlaku, kemungkinan serangan yang dibuat oleh hanya seorang individu atau ‘lone wolf’ di negara kita menjadi lebih tinggi.

“Mungkin rakyat Malaysia tidak pandang serius perkembangan ini, tetapi ia adalah ancaman keselamatan nombor satu terhadap negara kita,” katanya.

Khairy memberi reaksi sedemikian ketika mengupas artikel mengenai ancaman militan Daesh yang kini berpusat di wilayah Mindanao, Filipina.

Katanya lagi penularan Daesh dengan bertapak di Asia Tenggara adalah isyarat gerakan militan itu kini tidak jauh untuk melebarkan pengaruh dan ideologinya ke sempadan Malaysia.

“Dengan sejarah pemberontakan, selatan Filipina mempunyai sempadan yang mudah diceroboh dan pelbagai puak pengganas tempatan yang aktif, sekaligus memberi tempat sempurna untuk Daesh bertapak,” luah Khairy yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top