10/06/2017 — IPK Perak Selamatkan Remaja Thailand Dari Terjebak Sindiket Mengemis:- Datuk Gan Tian Kee Reviewed by Perak BN on . Menerusi Op Pintas/Pengemis, Bahagian Siasatan Judi, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak berjaya menyelamatkan 11 lelaki terma Menerusi Op Pintas/Pengemis, Bahagian Siasatan Judi, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak berjaya menyelamatkan 11 lelaki terma Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 10/06/2017 — IPK Perak Selamatkan Remaja Thailand Dari Terjebak Sindiket Mengemis:- Datuk Gan Tian Kee

10/06/2017 — IPK Perak Selamatkan Remaja Thailand Dari Terjebak Sindiket Mengemis:- Datuk Gan Tian Kee

perakbn IPK Perak Selamatkan Remaja Thailand Dari Terjebak Sindiket Mengemis

Menerusi Op Pintas/Pengemis, Bahagian Siasatan Judi, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak berjaya menyelamatkan 11 lelaki termasuk tiga warga Thailand daripada dijadikan mangsa mengemis.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayaj Negeri, Datuk Gan Tian Kee kejayaan itu dicapai selepas serbuan dilakukan di Batu 10, Gombak, Selangor pada malam kelmarin.

“Serbuan itu dijalankan susulan lima lelaki Thailand yang diselamatkan kerana dipercayai dijadikan pengemis di Tanjung Rambutan dan Gunung Rapat di sini, pada Selasa lalu,” katanya.

Mengenai mangsa yang diselamatkan berusia antara 16 hingga 44 tahun dan kemudiannya di bawa ke Balai Polis Komuniti Prima Sri Gombak, Selangor untuk siasatan.

“Susulan penahanan lelaki 36 tahun dipercayai penjaga lima lelaki Thailand di Tanjung Rambutan Selasa lalu, polis mengesan seorang lelaki berusia 40-an yang dikenali Ustaz @ Pok Teh.

“Soal siasat terhadap suspek membawa kepada serbuan di sebuah rumah di Gombak dan menemui 11 lelaki termasuk tiga remaja yang dipercayai dijadikan pengemis di sekitar Lembah Klang,” jelas Datuk Gan di Ipoh, hari ini.

Hasil serbuan polis turut merampas beberapa barangan antaranya beg silang, lapan beg galas, 17 beg fail, wang tunai berjumlah RM1,900, 11 pasport Thailand, enam kad pengenalan Thailand, lapan resit derma dan lapan fail salinan geran kenderaan serta dokumen cukai jalan.

“Kita juga merampas kunci kereta dan sebuah kereta Toyota Corolla​ yang menggunakan nombor pendaftaran Thailand,” katanya lagi.

Siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 12 dan 13 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 kerana eksploitasi kerja paksa.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top