03/06/2017 — Program Ziarah Ramadhan, Raikan Golongan Memerlukan Reviewed by Perak BN on . Menerusi Program Ziarah Ramadhan, golongan memerlukan dibantu dan di bawah Pemuda UMNO, sejumlah RM10,000 diluluskan bagi tujuan memulihkan sebuah rumah uzur. B Menerusi Program Ziarah Ramadhan, golongan memerlukan dibantu dan di bawah Pemuda UMNO, sejumlah RM10,000 diluluskan bagi tujuan memulihkan sebuah rumah uzur. B Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 03/06/2017 — Program Ziarah Ramadhan, Raikan Golongan Memerlukan

03/06/2017 — Program Ziarah Ramadhan, Raikan Golongan Memerlukan

perakbn Program Ziarah Ramadhan Raikan Golongan Memerlukan

Menerusi Program Ziarah Ramadhan, golongan memerlukan dibantu dan di bawah Pemuda UMNO, sejumlah RM10,000 diluluskan bagi tujuan memulihkan sebuah rumah uzur.

Bertempat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manik malam tadi, Naib Ketua Pemuda, Senator Khairul Azwan Harun telah meluluskan peruntukkan tersebut kepada seorang warga emas uzur.

Katanya, kerja-kerja baik pulih rumah penerima, Kayah Saidin dilakukan di Parit 7D Sungai Kerwin dan ia akan dimulakan secepat mungkin.

Sebelum itu, Senator Khairul Azwan bersama dengan Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri yang juga ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkesempatan menziarahi rumah berkenaan.

Bersempena dengan program Ziarah Ramadhan itu juga, Senator Khairul Azwan kemudiannya menyampaikan sumbangan zakat kepada 30 anak yatim dan 30 asnaf di masjid Az-Zahir, di kampung berkenaan.

Dalam masa yang sama peruntukan RM5,000 diluluskan untuk membeli sistem pembesar suara bagi kegunaan masjid berkenaan.

Menerusi kerjasama Pusat Khidmat DUN Sungai Manik, majlis berbuka puasa kemudiannya dianjurkan yang dihadiri penduduk kampung.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top