02/06/2017 — Radio MBI, Inovasi Terbaik Tingkatkan Perkhidmatan Buat Warga Kota:- Datuk Halimi Abd Manaf Reviewed by Perak BN on . Penubuhan siaran radio sendiri oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dilihat sebagai satu inovasi yang baik dalam usaha meningkatkan perkhidmatan pihak berkuasa temp Penubuhan siaran radio sendiri oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dilihat sebagai satu inovasi yang baik dalam usaha meningkatkan perkhidmatan pihak berkuasa temp Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 02/06/2017 — Radio MBI, Inovasi Terbaik Tingkatkan Perkhidmatan Buat Warga Kota:- Datuk Halimi Abd Manaf

02/06/2017 — Radio MBI, Inovasi Terbaik Tingkatkan Perkhidmatan Buat Warga Kota:- Datuk Halimi Abd Manaf

perakbn Radio MBI, Inovasi Terbaik Tingkatkan Perkhidmatan Buat Warg Kota

Penubuhan siaran radio sendiri oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dilihat sebagai satu inovasi yang baik dalam usaha meningkatkan perkhidmatan pihak berkuasa tempatan itu.

Demikian kata Timbalan Ketua Setiausaha Kesejahteraan Bandar, Datuk Halimi Abd Manaf yang menyifatkan Radio MBI sebagai medium bagi mendekatkan pembayar-pembayar cukai dalam bandaraya Ipoh.

“Saya percaya apa yang diusahakan oleh MBI dapat memberi suatu platform kepada pendengar, khususnya pembayar-pembayar cukai dan penduduk dalam kawasan Bandaraya Ipoh untuk berinteraksi secara langsung dengan MBI.

“Ini juga satu inovasi yang baik yang boleh memberi ruang ataupun meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat setempat”, katanya.

Terdahulu Datuk Halimi berkesempatan melawat konti Radio MBI bersempena Lawatan Panel Penilai Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT) 2017, di Ibu Pebajat MBI, hari ini.

Turut hadir, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man.

Mengulas tentang inisiatif menubuhkan Radion MBI, Datuk Zamri berkata MBI telah disenarai pendek sebagai penerima Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT).

“Radio MBI yang telah diwujudkan sejak Jun 2016 bagi merapatkan jurang hubungan dengan masyarakat Ipoh itu merupakan antara inovasi dimana ia selari dengan Pelan Transformasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” jelas belia.

Radio MBI merupakan radio Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di negeri Perak dengan jumlah pendengarnya setakat ini lebih 25,000 orang.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top