24/04/2016 — Penyenaraian Dalam CCRIS Hanya Untuk Mendisiplinkan Peminjam:- Datuk Shamsul Anuar Nasarah Reviewed by Perak BN on . Tujuan penyenaraian seramai 1.25 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) adalah ha Tujuan penyenaraian seramai 1.25 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) adalah ha Rating: 0
You Are Here: Home » General » 24/04/2016 — Penyenaraian Dalam CCRIS Hanya Untuk Mendisiplinkan Peminjam:- Datuk Shamsul Anuar Nasarah

24/04/2016 — Penyenaraian Dalam CCRIS Hanya Untuk Mendisiplinkan Peminjam:- Datuk Shamsul Anuar Nasarah

perakbn Penyenaraian Dalam CCRIS  HanyaTujuan penyenaraian seramai 1.25 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) adalah hanya berkepentingan mendisiplinkan peminjam.

Demikian penjelasan yang diberikan oleh Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang menasihatkan agar peminjam lebih konsisten membuat pembayaran.

“Saya hendak maklumkan tindakan ini bukan senarai hitam ia hanya memasukkan nama kepada sistem rujukan kredit Bank Negara. Ini amalan mana-mana syarikat kewangan ia bukan tindakan luar biasa, ini amalan yang dipraktikkan oleh mana-mana institusi kewangan,” jelas beliau.

Sementara itu, beliau mengingatkan kepada peminjam yang mempunyai rekod pembayaran buruk turut berisiko sukar memperoleh kelulusan pinjaman dari semua institusi kewangan.

Ini termasuk bagi permohonan pinjaman peribadi, kad kredit, perumahan dan kenderaan.

“Setiap tahun, PTPTN memerlukan kira-kira RM5 bilion bagi menyediakan pinjaman kepada pelajar baharu.

“Justeru langkah yang dilakukan PTPTN itu bagi memastikan mereka dapat memungut semula wang bagi kegunaan peminjam baharu,”kata Datuk Shamsul Anuar ketika diminta mengulas isu peminjam PTPTN yang berada di dalam CCRIS tidak boleh membuat pinjaman pembelian kereta dan perumahan.

Perkara tersebut kini tersebar luas di laman di laman media social.

PTPTN telah menghantar senarai nama peminjam yang gagal menjelaskan pinjaman balik ke Bank Negara pada 16 Jun 2015 , dan nama mereka telah dimasukkan dalam senarai CCRIS.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top