23/04/2016 — Dr Zakir Tiada Kepentingan Politik, PAS Perlu Jelas Hal Ini:- DS Tajuddin Abdul Rahman Reviewed by Perak BN on . Ceramah mengenai perpaduan parti antara PAS dan UMNO yang disampaikan oleh penceramah terkenal, Dr Zakir Naik disifatkan sebagai perpaduan Islam. Menjelaskan pe Ceramah mengenai perpaduan parti antara PAS dan UMNO yang disampaikan oleh penceramah terkenal, Dr Zakir Naik disifatkan sebagai perpaduan Islam. Menjelaskan pe Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 23/04/2016 — Dr Zakir Tiada Kepentingan Politik, PAS Perlu Jelas Hal Ini:- DS Tajuddin Abdul Rahman

23/04/2016 — Dr Zakir Tiada Kepentingan Politik, PAS Perlu Jelas Hal Ini:- DS Tajuddin Abdul Rahman

perakbn Dr Zakir Tiada Kepentingan PolitikCeramah mengenai perpaduan parti antara PAS dan UMNO yang disampaikan oleh penceramah terkenal, Dr Zakir Naik disifatkan sebagai perpaduan Islam.

Menjelaskan perkara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, PAS sewajarnya perlu tahu bahawa setiap kenyataan yang dibuat oleh Dr Zakir adalah pandangan umum.

“Dr Zakir adalah seorang pendakwah. Dia melihat ceramahnya sebagai usaha menyatupadukan Islam secara keseluruhan. Kenapa PAS seolah-olah tidak dapat membezakan isu ini?

“Apa yang diperkatakan Dr Zakir tidak ada kena-mengena dengan politik negara. Dia sendiri tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam isu politik negara,” kata Datuk Seri Tajuddin ketika ditemui pemberita semalam.

Dr Zakir dalam sesi temu bual bersama sebuah stesen televisyen menyampaikan pandangan tentang kerajaan campuran UMNO dan PAS yang mana beliau berkata ia akan memberi banyak kebaikan kepada Malaysia dalam memacu negara dan mengukuhkan Islam.

Walau bagaimanapun, perkara itu telah mendapat reaksi pelbagai dalam kalangan kepimpinan PAS.

Seperti yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS pada Januari lalu pendirian yang dibuat mengatakan bahawa PAS tidak akan bersama UMNO.

Hal tereebut juga turut disahkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Dalam pada itu, sempena berada di Malaysia, Dr Zakir telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau juga dilaporkan adalah pendakwah yang berpengaruh yang mana berada di ranking ke-70 teratas dalam senarai ‘500 Most Influential Muslims in the World’ (500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia) sejak tahun 2011 hingga kini.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top