20/04/2016 — Jumlah Unit Pelaburan PNB Melonjak Lebih 200 Bilion Sehingga Mac:- DSD Mohd Najib Tun Razak Reviewed by Perak BN on . Dana unit pelaburan Perbadanan Nasional Berhad (PNB) melonjak kepada lebih 200 bilion unit sehingga 31 Mac 2016 berbanding 36 bilion pada tahun 2000. Menurut Pe Dana unit pelaburan Perbadanan Nasional Berhad (PNB) melonjak kepada lebih 200 bilion unit sehingga 31 Mac 2016 berbanding 36 bilion pada tahun 2000. Menurut Pe Rating: 0
You Are Here: Home » Politics » 20/04/2016 — Jumlah Unit Pelaburan PNB Melonjak Lebih 200 Bilion Sehingga Mac:- DSD Mohd Najib Tun Razak

20/04/2016 — Jumlah Unit Pelaburan PNB Melonjak Lebih 200 Bilion Sehingga Mac:- DSD Mohd Najib Tun Razak

perakbn  Jumlah Unit Pelaburan PNB Melonjak

Dana unit pelaburan Perbadanan Nasional Berhad (PNB) melonjak kepada lebih 200 bilion unit sehingga 31 Mac 2016 berbanding 36 bilion pada tahun 2000.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Diraja Mohd Najib Tun Razak peningkatan tersebut adalah satu kejayaan yang amat dibanggakan dan dari segi jumlah pemegangnya kini adalah seramai 12.6 juta pemegang akaun.

“Saya percaya bahawa dana-dana unit PNB seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Malaysia (ASM) dan sebagainya dapat beri peluang kepada rakyat untuk memberi peluang perkongsian kekayaan negara. Melalui unit tersebut kekayaan negara boleh diagihkan dengan risiko(pelaburan) yang paling minima,” katanya.

Beliau berucap sempena merasmikan Minggu Amanah Saham Malaysia (MSAM) 2016 kali ke 17 di Stadium Mini Tapah, Tapah pada Rabu petang.

Dalam ucapannya, Datuk Seri Diraja Mohd Najib menyifatkan penganjuran program yang dilakukan PNB telah memberi kesan baik kepada rakyat khususnya dalam hal pelaburan, pengurusan kewangan dan kos sara hidup.

“Antara kesemua itu, isu yang penting adalah soal tahap hutang isi rumah yang berada pada tahap 87 peratus daripada nilai KDNK pada tahun 201; dan meningkat 89 peratus pada tahun 2015. Sebahagian hutang isi rumah ini tidak dapat dielakkan kerana ia membabitkan hutang seperti pembelian rumah, dan kereta. Namun hutang kredit kad dan hutang-hutang lain yang ada hubung kait dengan perbelanjaaan kita; hendaklah dirancang dan dikawal.

“Oleh itu panduan dapat diberikan oleh PNB menerusi seminar-seminar dan program sebegini (MSAM) yang boleh bantu rakyat uruskan perbelanjaan,” ucap beliau.

Antara inisiatif yang dilaksanakan oleh PNB adalah seperti mengadakan seminar pelaburan 360 di 140 daerah seluruh negara dan menubuhkan Kelab Pelaburan Bijak PNB di 104 buah sekolah menengah.

“Aset-aset di bawah PNB kini telah berkembang dengan mencecah RM267 bilion, pertumbuhan memberangsangkan ini sedikit sebanyak secara simbolik boleh dikatakan bahawa pembinaan Warisan Merdeka, bangunan setinggi 118 tingkat sebagai cerminan secara simbolik kejayaan PNB. Ia mercu tanda masa depan bumiputera dan rakyat,” Datuk Seri Diraja Mohd Najib dalam ucapannya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top