07/04/2016 — Peniaga Di Teluk Nipah Dinasihatkan Berniaga Untuk Jangka Masa Panjang:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Isu makanan mahal yang dijual di Teluk Nipah, Pulau Pangkor, perlu dilihat kesannya terhadap industri pelancongan di kawasan tersebut. Sehubungan dengan itu, Me Isu makanan mahal yang dijual di Teluk Nipah, Pulau Pangkor, perlu dilihat kesannya terhadap industri pelancongan di kawasan tersebut. Sehubungan dengan itu, Me Rating: 0
You Are Here: Home » General » 07/04/2016 — Peniaga Di Teluk Nipah Dinasihatkan Berniaga Untuk Jangka Masa Panjang:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

07/04/2016 — Peniaga Di Teluk Nipah Dinasihatkan Berniaga Untuk Jangka Masa Panjang:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

perakbn  Peniaga Di Teluk Nipah

Isu makanan mahal yang dijual di Teluk Nipah, Pulau Pangkor, perlu dilihat kesannya terhadap industri pelancongan di kawasan tersebut.

Sehubungan dengan itu, Menteri Besar Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir yang juga ADUN Pangkor menasihatkan peniaga yang terlibat untuk memikirkan perniagaan jangka masa panjang daripada hanya berniaga untuk mengaut untung lebih dalam tempoh yang singkat sahaja.

“Saya tahu harga laut tidak tentu, tetapi dalam masa yang sama harga yang ditetapkan perlulah berpatutan kerana Teluk Nipah tempat pelancong berpendapatn sederhana.

“Mungkin bukan semua(peniaga) yang berkelakuakn sedemikian, tetapi mungkin ada satu dua dan menyebabkan yang lain berpalit.

“Kalau mereka hendak berniaga untuk tempoh jangka masa panjang dan ingat bahawa sumber pendapatan mereka, buatlah elok-elok,” nasihatnya.

Datuk Seri Diraja Dr Zambry yang turut kecewa dengan kejadian tersebut meminta agar peniaga yang berbuat demikian supaya tidak menunding jari atas alasan mengatakan mereka disabotaj oleh mana-mana pihak.

“Jangan ambil sikap bahawa mereka yang anti, kita sepatutnya akui kelemahan. Jangan cepat dengan pantas menunding jari dengan orang lain kononnya ada unsur sabotaj. Yang cakap harga mahal bukan sorang, tetapi ramai,” ujar beliau.

Beliau sebelum ini membuat kenyataa ringkas dalam memberi maklum balas tentang isu harga makanan di Teluk Nipah menerusi laman sosial Facebooknya.

Ketika ditemui pemberita di Ipoh pada Rabu, Datuk Seri Diraja Dr Zambry menjelaskan bahawa pembangunan yang dilakukan di Teluk Nipah dengan melibatkan peruntukkan RM10 juta adalah demi memastikan industri pelancongan di kawasan itu terus berkembang di samping membantu masyarakat tempatan memperoleh sumber pendapatan..

“Kita cari peruntukkan RM10 juta untuk cantikkan Teluk Nipah dengan harapan semua pihak boleh cari makan dan berniaga.
“… tetapi nampaknya yang dirancang dan apa yang saya nak buat tidak dipedulikan,” kata Datuk Seri Diraja Dr Zambry dengan nada yang kecewa.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top