14/07/2014 — Pemuda UMNO Perak Anjur Perhimpynan Bantah Keganasan di Gaza Reviewed by Perak BN on . Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak mengadakan perhimpunan khas sebagai tanda sokongan dalam menentang keganasan tentera zionis mengebom dengan zalimnya rakyat Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak mengadakan perhimpunan khas sebagai tanda sokongan dalam menentang keganasan tentera zionis mengebom dengan zalimnya rakyat Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 14/07/2014 — Pemuda UMNO Perak Anjur Perhimpynan Bantah Keganasan di Gaza

14/07/2014 — Pemuda UMNO Perak Anjur Perhimpynan Bantah Keganasan di Gaza

PerakBN-140714-2-Pemuda UMNO Perak

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak mengadakan perhimpunan khas sebagai tanda sokongan dalam menentang keganasan tentera zionis mengebom dengan zalimnya rakyat Palestin.

Perhimpunan itu turut disertai pelbagai agensi dan pertubuhan NGOs dari seluruh negeri Perak yang juga menentang keganasan regim zionis berkenaan.

Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Hairul Anuar Mohamed berkata, golongan belia merasakan penindasan ke atas rakyat adalah sesuatu yang kejam dan perlu ditentang oleh semua pihak.

Katanya, walaupun berada jauh daripada perjuangan mereka yang ditindas di bumi Gaza, mereka tetap utuh untuk menzahirkan bantahan keras terhadap tindakan dayus tersebut.

“Kami berhimpun di sini untuk menyatakan kemarahan kami kepada tentera zionis Israel yang dari dulu hingga kini membedil dan membunuh hanya untuk menawan Gaza,” katanya.

Menurut Hairul Anwar, perhimpunan yang melibatkan ribuan peserta itu adalah tanda persepakatan yang ditonjolkan bukan sahaja dikalangan umat Islam sahaja namun dari semua bangsa dan agama di negeri Perak.

“Atas dasar kemanusiaan, segenap masyarakat di Perak tidak kira agama, bangsa dan pangkat, bersama-sama dalam membantah keganasan tentera Israel ini.

“Rakan-rakan saya sendiri turut menghubungi saya dan menyatakan kesedihan mereka terhadap kekejaman yang berlaku di bumi Gaza pada ketika ini,” ujarnya.

Luangan takbir ‘Allahuakbar’ bergema sambil bendera Israel dibakar dan dipijak sebagai bukti simbolik pengecaman keras terhadap tindakan tidak berhati perut rejim zionis Israel.

Dalam perhimpunan yang berlangsung selama dua jam itu, pihak Pemuda UMNO Perak turut mengemukakan sembilan resolusi kepada kedutaan Amerika yang diharapkan dapat membantu bumi Gaza.

Antara resolusi tersebut adalah menggesa pihak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu agar melaksanakan gencatan senjata ke atas tentera Israel yang tidak putus menyerang Gaza serta menyeru pihak Palestin agar bersatu padu dalam menentang kezaliman Israel.

Hairul Anuar berharap, Malaysia dapat menyatu-padukan negara-negara Islam lain kerana inilah masanya untuk mengetepikan segala jenis permasalahan yang berlaku dan menumpukan segala usaha untuk membantu rakyat yang menderita di Gaza.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top