16/07/2014 — Usaha Banteras Gejala Penyalahgunaan Dadah Perlu Melangkaui Fahaman Politik:- DSD Dr Zambry Abd Kadir Reviewed by Perak BN on . Kerajaan Perak melihat masalah penyalahgunaan dadah dikalangan belia harus ditangani semua pihak termasuk wakil rakyat sama ada di pihak kerajaan mahupun pemban Kerajaan Perak melihat masalah penyalahgunaan dadah dikalangan belia harus ditangani semua pihak termasuk wakil rakyat sama ada di pihak kerajaan mahupun pemban Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 16/07/2014 — Usaha Banteras Gejala Penyalahgunaan Dadah Perlu Melangkaui Fahaman Politik:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

16/07/2014 — Usaha Banteras Gejala Penyalahgunaan Dadah Perlu Melangkaui Fahaman Politik:- DSD Dr Zambry Abd Kadir

PerakBN-140716-1-Banteras Penyalahgunaan Dadah

Kerajaan Perak melihat masalah penyalahgunaan dadah dikalangan belia harus ditangani semua pihak termasuk wakil rakyat sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang.

Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir berkata soal fahaman politik tidak harus dijadikan batasan dalam menangani masalah itu.

“Tidak ada guna menjadi ahli politik dan mempunyai populariti sebagai seorang Menteri Besar, ahli Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tetapi membiarkan masyarakat dan generasi muda terjerumus ke dalam jurang kebinasaan iaitu penagihan dadah.

“Saya sanggup menghadapi risiko politik termasuk kehilangan sokongan di kawasannya daripada membiarkan generasi muda di negeri ini terperangkap dalam penagihan dadah yang keterlaluan.

“Tidak apalah, saya lebih rela kalah dalam pilihan raya daripada saya membiarkan anak-anak kita terperangkap dalam penagihan dadah yang keterlaluan ini,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Ipoh.

Menurut Zambry, kerajaan Perak merasakan usaha untuk menjadikan negeri itu bersih daripada kegiatan penyalahgunaan dadah meskipun ada pihak menyatakan amat sukar untuk melakukannya.

Katanya, masalah dadah bukan hanya melibatkan penagihan tetapi ia juga melibatkan satu industri yang terancang yang dilakukan daripada kalangan di dalam pasaran gelap dan mereka yang digeruni orang iaitu gengster dan pengedar dadah.

“Mereka itu adalah anak-anak kita, adik-beradik kita, saudara kita dan anak negeri Perak yang perlu kita selamatkan demi masa depan mereka tanpa mengira siapa mereka, latar belakang mereka Melayu, Cina atau India.

“Kerajaan negeri amat serius dalam menangani permasalahan itu agar kegiatan pengedaran dadah di negeri ini dapat terus dibendung daripada bermaharaja lela

“Pendekatan yang bakal diaplikasikan bagi menyelesaikan masalah ini akan melalui peringkat akar umbi itu sendiri iaitu melibatkan pihak berkuasa dan kerajaan Persekutuan dengan membenarkan pasukan sukarelawan khas di peringkat kampung ditubuhkan untuk membantu menangani masalah ini.

Sehubungan itu jelas beliau, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah pasukan sukarelawan khas bagi membanteras masalah penyalahgunaan dadah dengan menumpukan kawasan kampung dan pedalaman.

Katanya lagi, penubuhan pasukan sukarelawan khas itu akan dianggotai 50 orang ahli yang bertindak mengenalpasti dan memantau jenayah dadah di kawasan masing-masing.

“Ini bukan soal politik semata-mata kerana jika usaha tidak diambil, kita seolah-olah membiarkan anak bangsa menderita dengan penyalahgunaan dadah.

“Langkah untuk membanteras masalah ini perlu dilakukan secara menyeluruh tanpa membezakan mana-mana jabatan serta kumpulan.

Kata Zambry lagi, pemantauan terperinci di kawasan panas atau ‘hot spot’ bakal diwujudkan di peringkat mukim terpilih dan disertai oleh pasukan sukarelawan yang lebih mengetahui senario di kawasan masing-masing.

“Langkah itu boleh diaplikasikan selain bergantung kepada tindakan yang diambil oleh pihak Polis (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK),” ulasnya lagi.

“Usaha membasmi jenayah dadah ini akan tertumpu kepada pengedarnya kerana kini pelbagai jenis dadah dipasarkan,” ulasnya lagi.

Beliau turut akan mempertimbangkan cadangan supaya keselamatan setiap ahli sukarelawan dilindungi agar nyawa mereka tidak terancam.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top