14/07/2014 — Yayasan Al-Fasal Serah Sumbangan Kepada 31 Sekolah:- Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal Reviewed by Perak BN on . Yayasan Al-Fasal menyerahkan bantuan kepada 31 buah sekolah di kawasan Parlimen Bukit Gantang menerusi Program geran '1 to 1' Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Yayasan Al-Fasal menyerahkan bantuan kepada 31 buah sekolah di kawasan Parlimen Bukit Gantang menerusi Program geran '1 to 1' Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 14/07/2014 — Yayasan Al-Fasal Serah Sumbangan Kepada 31 Sekolah:- Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal

14/07/2014 — Yayasan Al-Fasal Serah Sumbangan Kepada 31 Sekolah:- Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal

PerakBN-140714-1-Yayasan Al-Fasal SerahYayasan Al-Fasal menyerahkan bantuan kepada 31 buah sekolah di kawasan Parlimen Bukit Gantang menerusi Program geran ’1 to 1′ Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daripada Majlis Guru Besar (MGB) Daerah Larut Matang dan Selama.

Pengerusi Yayasan Al-Fasal merangkap Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal memberitahu bantuan melibatkan sejumlah RM 117,460.00.

Menurut Syed Abu Hussin, cetusan idea itu hasil perbincangan bersama MGB untuk sekolah-sekolah di kawasan berkenaan yang disifatkan memerlukan bantuan kewangan bagi meningkatkan pembelajaran pelajar.

“Yayasan berhasrat untuk membina balik semangat kerjasama dan bantu membantu antara PIBG sekolah dan pemimpin masyarakat itulah cetusan idea ’1 to 1′ ini yang saya rasa pertama kali di Bukit Gantang,” katanya selepas merasmikan program saraan PIBG dan penyampaian sumbangan geran berkenaan.

Menurut Syed Abu Hussin, program itu merupakan program julung kali diadakan di Bukit Gantang dan di negara dalam usaha mengembeling kerjasama mantap semua pihak .

Sementara itu beberapa orang pendidik yang ditemui menyifatkan pemberian itu kena pada tempatnya dalam membantu meningkatkan prestasi kecemerlangan murid.

YDP PIBG SMK Pengkalan Aur, Tajie Hussin berkata, sumbangan geran itu dapat menggerakkan sekolah menjalankan aktiviti bagi pelajar.

“Saya rasa aktiviti- aktiviti kami akan mula bergerak kerana ada sedikit peruntukan dan kami memang mengharapkan sumbangan kerana PIBG tidak ada jalan untuk mendapat dana,” katanya.

Bagi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Changkat Jering, Hasnah Abdullah, dia menyambut baik usaha dan peranan pihak yang terbabit untuk bekerjasama membantu pihak sekolah di kawasan tersebut.

“Apa yang saya dapati program ini amat baik dan berkesan kerana inilah pertama kali kita menerima sumbangan melalui program ini kepada PIBG, sekurang-kurangnya membantu PIBG bagi semua sekolah yang menerimanya hari ini,” katanya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top