11/07/2014 — Meraikan Anak Yatim Di Bulan Ramadhan Amalan Menteri Besar Perak:- Datuk Azhar Ahmad Reviewed by Perak BN on . Bulan Ramadhan mengajar kita erti kehidupan, kesabaran dan bagaimana untuk kita terus menghadapi kehidupan kita yang barangkali penuh dengan cabaran dan dugaan. Bulan Ramadhan mengajar kita erti kehidupan, kesabaran dan bagaimana untuk kita terus menghadapi kehidupan kita yang barangkali penuh dengan cabaran dan dugaan. Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 11/07/2014 — Meraikan Anak Yatim Di Bulan Ramadhan Amalan Menteri Besar Perak:- Datuk Azhar Ahmad

11/07/2014 — Meraikan Anak Yatim Di Bulan Ramadhan Amalan Menteri Besar Perak:- Datuk Azhar Ahmad

PerakBN-140710-Meraikan Anak Yatim

Bulan Ramadhan mengajar kita erti kehidupan, kesabaran dan bagaimana untuk kita terus menghadapi kehidupan kita yang barangkali penuh dengan cabaran dan dugaan.

Bagi Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR), kehadiran Ramadhan perlu digunakan dengan sebaiknya termasuk mengingati golongan yang memerlukan.

Pengerusi KADIR, Datuk Azhar Ahmad berkata lebih 3,000 orang anak yatim dan pelajar tahfiz terpilih di seluruh Perak diraikan dan menerima sumbangan sempena Ramadhan dan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

“Ini adalah cara kerajaan negeri serta Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir meraikan anak-anak yatim serta golongan yang memerlukan setiap tahun.

“Jadi hari ini MB, melayan anak-anak yatim, pelajar Maahad Tahfiz dan ada hampir 3,000 orang semuanya.

Jelas beliau, program berbuka puasa bersama anak yatim dan pelajar Mahad Tahfiz terpilih seluruh Perak itu merupakan anjuran bersama KADIR dan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Katanya, majlis kali ini dihadiri lebih 40 sekolah Maahad Tahfiz antaranya Maahad Tahfiz Wattalaqqi, Maahad Tahfiz Tarbiah Ummah dan Maahad Tahfiz Al-Ansori selain 18 buah rumah anak yatim seperti Pusat Jagaan Anak-anak Yatim Ummu Sofiah dan Rumah Amal Haruman Kasih.

“Memang ini amalan MB setiap tahun setiap kali Ramadhan dimana beliau akan menjemput golongan yang memerlukan serta ilmuan agama untuk berbuka puasa bersama.

“Jadi kita jemput anak yatim untuk berbuka puasa serta mengadakan solat terawih bersama.

Terdahulu, pelbagai program pengisian ilmu seperti solat Maghrib dan Isyak berjemaah, solat Tarawih, zikir ratib, tahlil dan tazkirah diadakan kediaman rasmi Menteri Besar di Ipoh, malam tadi.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top