08/07/2014 — Sukarelawan Belia Edar Juadah Sahur Kepada Gelandangan Reviewed by Perak BN on . Sekumpulan sukarelawan mengambil inisiatif mengedarkan juadah sahur untuk gelandangan di sekitar bandaraya Ipoh bagi mengimarahkan Ramadhan kali ini. Kumpulan b Sekumpulan sukarelawan mengambil inisiatif mengedarkan juadah sahur untuk gelandangan di sekitar bandaraya Ipoh bagi mengimarahkan Ramadhan kali ini. Kumpulan b Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 08/07/2014 — Sukarelawan Belia Edar Juadah Sahur Kepada Gelandangan

08/07/2014 — Sukarelawan Belia Edar Juadah Sahur Kepada Gelandangan

perakbn-140708-3-sukarelawanbeliaedar

Sekumpulan sukarelawan mengambil inisiatif mengedarkan juadah sahur untuk gelandangan di sekitar bandaraya Ipoh bagi mengimarahkan Ramadhan kali ini.

Kumpulan berkenaan melibatkan beberapa kelompok belia pelbagai agama dan bangsa seperti Fly Fly Manjoi dan kumpulan bermotosikal motosikal E – Tiraf di samping mahasiswa Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Mereka turut dibantu pegawai dan kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri Perak.

Ketua dan pengasas pasukan sukarelawan itu, Zeti Shuhaila Mustafa Kamal berkata, tujuan utama mereka adalah untuk beramal pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

“Kita tidak terlibat dengan mana-mana agensi dan semua ini adalah bertujuan untuk membantu gelandangan di sekitar Ipoh.

“Tetapi saya tidak sangka sambutan orang ramai begitu memberangsangkan, saya terharu,” katanya.

Menurut Zeti, usaha itu mula tercetus pada tahun 2011 kerana menyedarinya kehadiran golongan gelandangan ini juga memerlukan perhatian dan sokongan masyarakat.

“Pada awalnya saya sendiri mengagih-agihkan makanan dan selepas itu saya terfikir untuk mendorong rakan-rakan untuk menderma RM 5 sahaja dan menggunakannya untuk memberikan makanan kepada golongan ini.

“Mereka bersetuju dan setakat ini, saya dapat melihat sambutan untuk menjadi sukarelawan semakin meningkat, menandakan ada perubahan positif dalam diri mereka,” ujarnya.

Beliau memberitahu, antara kawasan ang dikenalpasti di sekitar Ipoh ialah Jalan Ghazali Jawi, Fair Park, Jalan Dato’ Onn, Jalan Yong Kalsom, Taman Kanak-Kanak dan Tapak Memory Lane.

Zeti berkata, kebanyakan gelandangan yang ditemuinya terdiri daripada bekas penagih dadah, pengganggur, ibubapa yang ditinggalkan keluarga, miskin serta terdapat sesetengah kes yang unik.

“Ada yang mempunyai tempat tinggal tetapi tidah mahu balik, apa sebabnya saya tidak pasti tetapi kami tetap mengedarkan makanan kepada mereka,” katanya.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top