05/07/2014 — Program Sekilo Budi, Bantu Golongan Memerlukan:- Datuk Samsudin Abu Hassan Reviewed by Perak BN on . Kerajaan negeri menyalurkan sebanyak RM40,000 bagi majlis perbandaran manakala Majlis Daerah Kampar pula diberikan RM30,000 bagi menjayakan program Sekilo Budi Kerajaan negeri menyalurkan sebanyak RM40,000 bagi majlis perbandaran manakala Majlis Daerah Kampar pula diberikan RM30,000 bagi menjayakan program Sekilo Budi Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 05/07/2014 — Program Sekilo Budi, Bantu Golongan Memerlukan:- Datuk Samsudin Abu Hassan

05/07/2014 — Program Sekilo Budi, Bantu Golongan Memerlukan:- Datuk Samsudin Abu Hassan

PerakBN-140706-2-Program Sekilo Budi

Kerajaan negeri menyalurkan sebanyak RM40,000 bagi majlis perbandaran manakala Majlis Daerah Kampar pula diberikan RM30,000 bagi menjayakan program Sekilo Budi yang bertujuan membantu golongan memerlukan.

Exco Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia, Masyarakat Sivil dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, sebanyak RM500,000 diterima daripada kerajaan negeri untuk melaksanakan pelbagai aktiviti termasuklah program berkenaan.

“Jadi, di bawah program Sekilo Budi siri pertama dan kedua, seramai 2,698 yang terdiri daripada golongan tidak bernasib baik serta memerlukan diberi bantuan barangan keperluan makanan.

“Di bawah kedua-dua program itu juga, sejumlah 21,206 barangan keperluan termasuk makanan diagih-agihkan kepada rakyat memerlukan di negeri ini.

“Siri ketiga akan diteruskan dan melibatkan program sepanjang tahun,” katanya selepas majlis perasmian Dapur Sekilo Budi yang bakal dijadikan sebagai tempat pengumpulan barangan sumbangan daripada pelbagai pihak.

Menurut beliau, siri berkenaan meliputi pemberian bantuan makanan kepada penerima berlainan kaum mengikut perayaan seperti Aidilfitri, Aidiladha, Deepavali dan Krismas yang diraikan pada penghujung tahun ini.

Mengulas lanjut, Samsudin memberitahu, kerajaan negeri memberi perhatian serius terhadap program berkenaan kerana percaya mampu menjadi platform untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum.

“Siri ketiga program Sekilo Budi yang akan dilaksanakan nanti jelas selari dengan matlamat dan hasrat kerajaan negeri untuk menyatupadukan rakyat dalam satu komuniti sekali gus melahirkan masyarakat penyayang,” jelas beliau.

 

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top