04/07/2014 — Tiada Laporan Kes JE Di Perak:- Datuk Dr Mah Hang Soon Reviewed by Perak BN on . Exco Kesihatan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon memberitahu bahawa Jabatan Kesihatan negeri Perak (JKN) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar sentiasa mengambil lang Exco Kesihatan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon memberitahu bahawa Jabatan Kesihatan negeri Perak (JKN) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar sentiasa mengambil lang Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 04/07/2014 — Tiada Laporan Kes JE Di Perak:- Datuk Dr Mah Hang Soon

04/07/2014 — Tiada Laporan Kes JE Di Perak:- Datuk Dr Mah Hang Soon

PerakBn-140704-2-Kes JE Di Perak
Exco Kesihatan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon memberitahu bahawa Jabatan Kesihatan negeri Perak (JKN) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar sentiasa mengambil langkah pemantauan dalam usaha mengawal penularan wabak berkenaan.
“Kita bukan hanya melihat senario yang berlaku di Pulau Pinang, sebaliknya Jabatan Kesihatan negeri dan Jabatan Veterinar negeri juga telah mengambil langkah pemantauan secara berterusan untuk memastikan wabak itu dapat dibendung
“Kita memang pandang seriua soal pencegahan terhadap penularan wabak JE,” katanya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai penularan wabak denggi Hang Soon menyatakan bagi tempoh bermula Januari hingga 28 Jun lalu, Perak telah mencatatkan sebanyak 2,834 kes demam denggi dengan tujuh kes kematian.“Peningkatan kes sebanyak 203.4% berbanding hanya 934 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun lepas,” katanya selepas melancarkan kempen Jom Hapus AEDES di Kampung Tersusun Batu 5, Tambun dekat Ipoh.

Katanya lagi, peningkatan kes kematian berbanding tahun lalu perlu dipandang serius lantas pelbagai langkah pencegahan perlu diambil segera.

“Antara usaha yang bagi meningkatkan kesedaran umum ialah penyebaran risalah, gotong-royong dan ceramah kesedaran,” ulas Mah lagi.

Tambahnya lagi, sikap penduduk juga perlu diubah dalam usaha menangani penularan wabak denggi berkenaan dengan membersihkan takungan air dan sampah sarap di kawasan persekitaran.

“Fongging bukanlah salah satu langkah penyelesaian utama bagi masalah denggi tetapi langkah memastikan keadaan sekeliling bersih adalah lebih penting,” ujarnya lanjut.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top