20/06/2014 — BAIDURI Sumbang Baju Raya Kepada 357 Pelatih PDK:- DSD Saripah Zulkipli Reviewed by Perak BN on .   Menjelang tibanya Ramadhan, Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI) mengambil initiatif dengan menyalurkan sumbangan kepada pelatih Pusat Pemu   Menjelang tibanya Ramadhan, Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI) mengambil initiatif dengan menyalurkan sumbangan kepada pelatih Pusat Pemu Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 20/06/2014 — BAIDURI Sumbang Baju Raya Kepada 357 Pelatih PDK:- DSD Saripah Zulkipli

20/06/2014 — BAIDURI Sumbang Baju Raya Kepada 357 Pelatih PDK:- DSD Saripah Zulkipli

 

140620-1-baidurisumbangbajuraya

Menjelang tibanya Ramadhan, Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI) mengambil initiatif dengan menyalurkan sumbangan kepada pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di negeri itu.

Yang Dipertua BAIDURI, Datin Seri Saripah Zulkipli berkata, pemberian itu sekaligus bagi menambah kegembiraan pelatih berkenaan bagi meraikan 1 Syawal.

Seramai 357 pelatih menerima sumbangan berupa baju raya menerusi Program Ceria Lebaran PDK.

Kita adakan program ini untuk memberi kegembiraan dan keceriaan kepada anak-anak istimewa ini bagi menyambut Ramadhan dan 1 Syawal yang bakal menjelang.

BAIDURI percaya mereka juga ada hak untuk bergembira kerana kegembiraan mereka juga merupakan kegembiraan kita semua, katanya.

Menurut Saripah, terdapat kelainan dalam program yang diadakan tahun ini dimana BAIDURI memberi peluang kepada pelatih untuk memilih pakaian mereka sendiri.

Program ini kita adakan setiap tahun tapi kali ada ada sedikit kelainan.

Hari ini, mereka datang sendiri untuk membeli belah pakaian dan kelengkapan Hari Raya mereka mengikut citarasa mereka dan ada yang datang sendiri dan ada juga peserta yang diwakili oleh PDK.

Tahun ini, kita peruntukan sebanyak RM100 bagi setiap pelatih untuk membeli baju raya dan walaupun bantuan tersebut kecil.

Kita lihat, mereka sangat gembira dan amat menghargainya,” katanya kepada media ketika ditemui di pasar raya Mydin Meru Raya dekat Ipoh.

Beliau berharap sumbangan yang diberikan tersebut dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga anak-anak istimewa berkenaan.

Saya harap agar persiapan keluarga yang mempunyai anak istimewa ini akan lebih bermakna dan menggembirakan tahun ini.

Saya juga harap apa yang disumbangkan oleh BAIDURI ini dapat mengurangkan bebanan keluarga yang rata-ratanya datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan, katanya.

Katanya lagi, kegembiraan yang ditunjukkan oleh pelatih yang menerima sumbangan dapat memberi semangat kepada beliau dan ahli-ahli BAIDURI yang lain untuk terus menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan di negeri Perak

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top