17/06/2014 — Kementerian Kesihatan Minta Kerjasama PBT Kawal Penyakit Denggi:- DS Dr S. Subramaniam Reviewed by Perak BN on .   Kementerian Kesihatan meminta kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan supaya memainkan peranan besar dalam usaha membanteras pembiakan nyamuk Aedes. Menterinya   Kementerian Kesihatan meminta kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan supaya memainkan peranan besar dalam usaha membanteras pembiakan nyamuk Aedes. Menterinya Rating: 0
You Are Here: Home » Caring BN » 17/06/2014 — Kementerian Kesihatan Minta Kerjasama PBT Kawal Penyakit Denggi:- DS Dr S. Subramaniam

17/06/2014 — Kementerian Kesihatan Minta Kerjasama PBT Kawal Penyakit Denggi:- DS Dr S. Subramaniam

 

140617-3-kementeriankesihatanmintakerjasama

Kementerian Kesihatan meminta kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan supaya memainkan peranan besar dalam usaha membanteras pembiakan nyamuk Aedes.

Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata kerjasama yang diberikan pihak PBT mampu membantu kementerian itu dalam usaha untuk mengawal penyakit Denggi.

Sekarang kita nampak peningkatan dan saya minta kerjasama dari pihak berkuasa tempatan kerana mereka memainkan peranan yang besar di dalam proses pengawalan denggi.

Kementerian kesihatan memainkan peranan tetapi pihak-pihak PBT, mereka di dalam kawasan operasi mereka mempunyai tanggungjawab.

Setiap PBT mempunyai bahagian kesihatan dan kita pun mempunyai tanggungjawab ini dan jika mereka boleh meningkatkan penguatkuasaan sebagainya, ia sedikit sebanyak membantu kita, katanya pada sidang media di Ipoh.

Dengan mengambil negeri Selangor sebagai contoh, menurut Subramaniam, peningkatan kes yang berlaku mampu dikurangkan dengan penguatkuasaan yang ketat.

Malah katanya, dengan mengambil langkah pembersihan persekitaran di kawasan-kawasan yang tinggi kadar kes juga merupakan antara cara pengawalan penyakit itu.

Contohnya kalau di Selangor, kalau jumlah kes begitu besar maka mereka kena meningkatkan usaha mereka untuk menguatkuasakan, mengambil langkah pembersihan persekitaran dan mengambil tindakan penguatkuasaan.

Memang kementerian kita akan berusaha tetapi jika pihak PBT juga beri kerjasama maka jumlah kes mungkin dapat dikurangkan, katanya lagi.

Beliau menambah, sehingga kini jumlah kes menunjukkan peningkatan dimana kira-kira 1,500 kes baru setiap minggu.

Malah katanya, jumlah kematian akibat denggi sehingga 75 kes sejak Januari lalu.

Copyright © Barisan Nasional Perak. All rights reserved.

Scroll to top